berita

Foto Ulang Tahun Perkahwinan ‘Crash Lockdown On You’, Momen Persis Dalam Drama Korea, Rare Habis!

April 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Drama Korea ‘Crash Landing On You’ merupakan salah satu drama yang sangat hit dan digilai ramai sehingga berjaya mencatatkan sebagai drama kedua paling popular dari Korea Selatan dalam sejarah televisyen kabel.

Terbaru, pasangan suami isteri yang berasal daripada Filipina ini tidak lepaskan peluang dengan menghasilkan ‘photoshoot’ ‘Crash Lockdown On You’. Macam dalam drama, sangat kreatif!

‘Crash Lockdown On You’

Foto-foto tersebut telah dimuatnaik oleh Edflyn Marlenelle R. Sulit yang juga merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Lynette Sulit dan Edwin Sulit. Photoshoot ini dilakukan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke-25 pasangan ini. Konsep photoshoot ini diinspirasikan daripada momen-momen yang terdapat dalam drama Korea popular iaitu Crash Landing On You.

Rare habis!

Lynette Sulit yang berusia 54 tahun ini bekerja sebagai seorang jururawat manakala suaminya, Edwin Sulit pula merupakan seorang doktor. Apa yang menariknya, pasangan ini hanya menggunakan segala pakaian dan peralatan yang ada di rumah mereka semata-mata untuk mendapatkan momen persis dalam drama tersebut. Memang tidak dapat dinafikan, hasil keseluruhan foto ini sangat luar biasa!

Wah! Momen sama macam dalam drama

Wajah-wajah disebalik tabir

Difahamkan, photoshoot remake Crash Landing On You ini merupakan penghasilan sepenuhnya oleh keempat-empat orang anak pasangan ini iaitu Edflyn, Swift, Kent dan Lyndon.

Momen sedih Crash Lockdown On You

Sumber: Edflyn Marlenelle R. Sulit

SKIP THIS AD ×