berita

[FOTO] Unik & Kreatif, Hasil Makeup MUA Indonesia Ini Pasti Buat Anda Terpegun. Nampak ‘Real’!

July 3rd, 2020 | by Shafika
Lensa Insta

Kerjaya jurusolek atau lebih mesra dipanggil makeup artist (MUA) sememangnya merupakan antara pekerjaan yang memerlukan bakat dan minat. Mungkin semua mampu solek orang tapi hasil kerja pastilah berbeza mengikuti air tangan MUA tersebut.

Seperti perkongsian kami kali ini, MUA berbakat besar dari Indonesia, Vizzily Vizya mampu buat beauty atau face painting (SFX) ala ala animasi kartun. Fuh kalau tengok, memang sama betul!

Memang sama betul!

Vizzily Vizya merupakan seorang MUA dan juga vlogger kecantikan yang mempunyai hampir 700k ribu pengikut di laman Instagram miliknya. Apa yang menariknya MUA ini mampu membuat solekan unik yang mampu membuatkan orang ramai terpegun. Buat pengetahuan semua Vizzily pernah menjadi pensyarah kosmetologi di Malaysia sebelum pulang ke Indonesia untk meneruskan kerjayanya.

Dia juga berpeluang untuk solek wajah banyak artis, seperti Dewi Sandra, Isyana Sarasvati, Tatjana Saphira, dan Dian Pelangi. Lebih membanggakan apabila dia diberi kepercayaan dari istana untuk makeup wajah mantan Presiden Indonesia, Bapak Susilo Bambang Yudhoyono.

Cantik betul makeup

 

Tidak berpuas hati dengan hanya menjadi artis solekan, dia kini membuka kursus solek untuk menjadi penasihat di banyak acara produk kecantikan terkenal, seperti Shu Uemura dan Kanebo. Tumpuan solek Vizzy dapat dilihat pada penampilan alis yang kemas tetapi berani.

Unik betul

Sumber : Vizzily