berita

[FOTO & VIDEO] Elfira Loy Rai Tahun Baru Sebagai Isteri, Selamat Nikah Pagi Tadi

January 1st, 2019 | by faris
Kini Trending

Membuka tirai 2019, pelakon Elfira Loy mengakhiri zaman solo dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pagi tadi. Dengan hanya sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri.

Mereka dinikahkan bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin dalam majlis yang bermula jam 9 pagi tadi dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Anggun dalam persalinan serba putih Rizman Ruzaini

Elfira memuatnaik foto di atas pelamin dengan suaminya dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ sebentar tadi dan menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Pelakon genit ini mula memberi bayangan sedang bercinta apabila memuatnaik sekeping foto bersama seorang jejaka misteri di Instagramnya, Ogos lalu. Walau bagaimanapun, dia enggan bercerita lebih lanjut apabila diajukan soalan berkenaan lelaki berkenaan sebelum ini.

Sah dengan sekali lafaz

Ketibaan pengantin perempuan

Saat sayu meminta restu orang tua

 

Sumber: Syahirah Kasim, Syahiera Khamsan, Ezlisa Loy, Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×