berita

[FOTO & VIDEO] Sekitar Majlis Pernikahan Noor Nabila, Engku Emran. Cantiknya!

March 19th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Noor Nabila selamat bernikah dengan pasangannya, Engku Emran pagi tadi selepas pelbagai khabar angin melanda sebelum ini. Majlis yang cukup sederhana itu dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja memandangkan negeri Selangor masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Artikel Berkaitan :Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini

Kami kongsikan dengan anda beberapa foto dan video sekitar majlis yang berlangsung. Cantiknya!

Direka oleh Reka Teemor

Bertemakan seperti ala-ala ‘English Garden‘, majlis tersebut direka khas oleh perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor. Noor Nabila dan Engku Emran memakai busana berwarna putih menaikkan lagi seri pengantin yang sememangnya sama cantik dan sama padan. Majlis yang berlangsung sekitar 10 pagi tadi turut dihadiri oleh keluarga Noor Nabila yang jauh seperti adiknya, Nelissa daripada Sabah dan keluarga mereka yang berada di Kelantan.

Aleesya dan Jebat

Seperti semua maklum, Engku Emran mempunyai seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya yang merupakan anak hasil perkahwinan bersama primadona terkenal, Erra Fazira. Manakala, Noor Nabila mempunyai seorang anak hasil perkahwinan bersama Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun. Selepas ini mungkin mereka boleh mempunyai adik beradik lain hasil perkahwinan ibu bapa mereka. Siapa tahu kan?

Sama-sama cantik

Sumber : Neelofa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×