Kini rakyat di Malaysia dan seluruh dunia dilanda ‘demam’ Piala Dunia 2018 yang kini berlangsung di Rusia. Pergi ke kedai makan pastinya mereka akan memasang rancangan serta perlawanan bola sepak 24 jam. Waktu perlawanan juga sangat sesuai di waktu Malaysia kerana ia bermula seawal 6 petang dan paling lewat pada pukul 2 pagi.
Semalam telah berlangsungnya perlawanan diantara Senegal dan Poland. Kemenangan akhirnya berpihak pada negara Afrika Barat itu. Tapi bagi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang menarik perhatian mereka. Apakah itu?
Semangat negara dibawa hingga ke Rusia
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu foto dimana bendera PKR telah digantung di sudut Stadium di Rusia. Foto itu telah mendapat banyak perkongsian di sosial media itu. Di ruangan komen, beberapa orang turut berkongsi foto rakyat Malaysia di Rusia bersama bendera PKR. Semangatnya!
Bukan biasa-biasa!- Netizen
Sumber: Twitter