berita

[FOTO] Wajah Cantik Puteri Que Haidar Tarik Perhatian, Persis Ratu & Cleopatra ‘Kayangan’!

January 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi! Anak perempuan selebriti popular Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar sekali lagi jadi tarikan netizen dek kerana kecantikan wajah mereka persis  ibunda tersayang. Bukan itu sahaja, gaya Ratu dan Cleopatra juga kelihatan seakan-akan sama seperti Linda, memang cun!

Persis ratu kayangan

Semalam, Linda telah menyambut ulang tahun kelahiran anaknya iaitu Qalif Khan yang berusia 22 tahun. Menerusi foto yang dikongsikan oleh Que Haidar di Twitter, Qalif kelihatan sangat gembira apabila ibu dan ayah tirinya melakukan majlis tersebut. Namun begitu, foto kedua-dua adik tiri Qalif iaitu Ratu dan Cleopatra turut mencuri tumpuan netizen. Rata-rata netizen teruja melihat foto terkini kanak-kanak tersebut.

Puteri sulung pasangan Que dan Linda, Ratu kini berusia 12 tahun sementara adiknya, Cleopatra berusia 10 tahun. Ujar netizen, wajah Ratu saling tidak tumpah mewarisi kecantikan ibu tercinta manakala Cleopatra pula dilihat seiras wajah bapanya.

My bunga-bunga cinta

Bukan itu sahaja,  Ratu juga dikatakan mempunyai bakat dalam bidang tarian. Wah! saling tak tumpah seperti kerjaya ibunya sebagai seorang choreographer terkenal program realiti Akademi Fantasia.

Sumber: Que Haidar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×