berita

Foto: Zizan Razak Ber-Smurf Di Kota Paris

June 24th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-06-24 at 14.13.22

Pada malam 20 Jun yang lepas, melalui akaun Twitter Zizan Razak, selebriti itu menyatakan akan berlepas ke Paris dan destinasi pertama yang dituju adalah Amsterdam dan seterusnya Brussels.

OHBULAN! tak berapa pasti apa tujuan Zizan ke sana. Kemungkinan besar Zizan sedang dalam percutian sambil bekerja dan menghadiri Global Smurfs Day yang diadakan di Paris pada 22 Jun 2013.

Kalau anda nak tahu, Global Smurfs Day adalah satu-satunya hari yang mengumpulkan para peminat, selebriti mahupun kru yang terlibat dengan The Smurf bersempena ulangtahun kelahiran pencipta Smurfs, Peyo.

Untuk pengetahuan semua, Zizan sendiri telah menyumbangkan suaranya untuk karakter Vanity dalam The Smurfs 2 versi Bahasa Melayu yang dijangka ditayangkan pada 8 Ogos 2013.

Dalam pada masa yang sama, Zizan sempat lagi memuat naik beberapa keping gambar pemandangan bangunan di sana sambil ‘tag’ nama Emma Maembong di laman Instagram. Hmm betul ke kedua-dua selebriti tak ada hubungan istimewa? Musykil dibuatnya.

Screen Shot 2013-06-24 at 14.14.44

Apapun, jom saksikan beberapa keping foto Zizan bertukar menjadi karakter Smurf di bawah. Comel juga bila seluruh muka Zizan dicat warna biru. Memang nampak la ada sedikit iras-iras Smurf.

SKIP THIS AD ×