berita

Foto : Zizan Razak Buka Perniagaan Burger

September 20th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Zizan Razak

Nampaknya rezeki pelawak popular, Zizan Razak semakin melimpah ruah. Tidak cukup dengan hanya bergelar penyanyi dan pengacara, terbaru Zizan dikhabarkan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan francais.

Baru-baru ini Zizan dilihat begitu aktif mempromosikan perniagaan Burgerbyte yang dikendalikan olehnya dan menerusi status yang dikongsikan, restoran pelawak itu baru sahaja memulakan operasinya awal bulan ini di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Zizan Razak 1

Zizan menyediakan Burgerbyte buatan sendiri

Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, Zizan masih lagi sempat meluangkan masa untuk melawat restoran barunya itu dan jika bernasib baik, berkemungkinan besar peminat akan merasa sendiri air tangan pelawak tersebut.

Wah, untunglah siapa dapat rasa burger buatan Zizan kan?

Jika diteliti daripada setiap foto-foto yang dikongsikan, nampaknya sudah ramai juga yang singgah dan merasai sendiri kelazatan Burgerbyte daripada restoran Zizan ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu restoran Zizan hujung minggu ini.

Sebelum itu, apa kata kita layan dulu beberapa foto menarik pelawak tersebut bersama restoran barunya.

Sebagai rujukan, francais Burgerbyte turut beroperasi di beberapa kawasan lain seperti Sentul, Senawang dan terbaru akan dibuka di Sri Iskandar, Perak.

Kredit Foto : FacebookBurger Byte & Instagram Kelab Peminat Zizan Razak

SKIP THIS AD ×