berita

Fotografi & Rangkaian 5G Yang Cun, Kini Pra-Tempahan HUAWEI Siri P40 Tawar Hadiah Bernilai Lebih RM1300!

April 7th, 2020 | by Asyraf Khalib
Kini Trending

Kami yakin bila ‘terkurung’ je di rumah sepanjang tempoh kuarantin ni, telefon pintar boleh dikatakan jadi aset paling penting kan? Cuma tak syok bila waktu kuarantin macam ni smartphone korang pulak asyik buat hal. Nak keluar rumah survey dan beli smartphone baru dah tentu tak boleh.

Tapi korang jangan risau, sebab HUAWEI dah pun buka pra-tempahan untuk telefon pintar terbaharu mereka iaitu HUAWEI Siri P40 bermula 3 April hingga 10 April 2020. Apa yang mengagumkan, HUAWEI Siri P40 kali ini hadir dengan kemampuan fotografi terbaik dan rangkaian 5G yang pastinya bikin ia lebih power dan laju.

Setakat ini hanya HUAWEI P40 dan P40 Pro saja yang tersedia di Malaysia. Nak survey apa yang best dan macam mana nak dapat freebies kalau pre-order HUAWEI Siri P40 ni? Baca artikel ni sampai habis ya!

HUAWEI Siri P40 – Visionary Photography

HUAWEI P40 dilengkapi skrin 6.1-inci manakala P40 Pro dipadankan dengan skrin bersaiz 6.58-inci yang kedua-duanya Flex OLED QHD+ bernisbah 19.8:9. Skrin berteknologi baharu ini turut menawarkan kadar segar semula skrin 90Hz, sokongan HDR10+, serta pengimbas cap jari bawah skrin generasi baharu. P40 Pro menyokong kalis air dan debu IP68, manakala P40 menyokong pensijilan IP53.

https://youtu.be/eo78Pe_q3B8

Bercakap pasal bateri, P40 dimuatkan bateri sebesar 3380mAh manakala P40 Pro dengan bateri 4200mAh yang kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 40W SuperCharge. Lebih cun lagi, kali ini siri P40 juga hadir dengan teknologi baharu pengecasan tanpa wayar 27W. Sementara pengecasan berbalik masih lagi dikekalkan.

Kualiti kamera yang tiada tandingan

HUAWEI P40 tampil dengan sistem trikamera, manakala P40 Pro kuadkamera. HUAWEI P40 memiliki konfigurasi kamera 50MP RYYB Ultra Vision Wide, 16MP Ultra Wide, 8MP telefoto 3x zum optikal, dan sensor suhu warna (LED flash). HUAWEI P40 Pro pula dilengkapi sensor 50MP Ultra Vision Wide, 40MP Ultra Wide Cine (videografi), 12MP RYYB periskop 5x zum optikal, dan sensor ToF diikuti sensor suhu warna.

Kalau korang nak tahu, sensor 50MP RYYB bersaiz 1/1.28? (Galaxy S20 1/1.33 RGGB) merupakan sensor terbesar yang ada pada telefon pintar pada ketika ini. Ia mampu menarik 40% lebih banyak cahaya berbanding telefon pintar lain. Jadi, siri P40 mampu merakam gambar malam yang lebih terang dan terperinci.

HUAWEI juga menggunakan teknologi Full Pixel Octa PD AutoFocus yang pertama di dunia yang mampu memfokus lebih pantas objek walaupun dalam persekitaran gelap. Teknologi 8 Color Channel turut digunakan bagi menghasilkan 45% ketepatan warna – naik taraf daripada 3 Color Channel pada siri P30.

Teknologi seterusnya pula adalah XD Fusion Image Engine yang menyertakan sistem ISP terbaru yang membantu kamera menggabungkan gambar-gambar yang diambil bagi mendapatkan gambar terakhir yang terbaik. Sensor RYYB juga merupakan yang pertama digunakan pada telefon pintar. Dari segi zum, P40 Pro menyokong 5x zum optikal, 10x zum hibrid, dan 50x zum digital sementara P40 Pro+ menyokong sehingga 10x zum optikal, 20x zum hibrid, dan 100x zum digital.

Golden Snap –  Teknologi Fotografi AI yang luar biasa

HUAWEI turut memperkenalkan ciri penggambaran yang dipanggil Golden Snap. Dengan ciri ini, peranti akan memilih gambar yang terbaik untuk pengguna. Selain itu, Golden Snap juga merangkumi ciri penyuntingan gambar segera, memudahkan pengguna menyunting gambar hanya dengan sekali butang ditekan.

AI Remove Passersby – membolehkan pengguna memadam gambar orang yang melintas di belakang.

AI Remove Reflection – membolehkan pengguna mengurangkan kesan pantulan jika gambar diambil di sebalik cermin.

Pada kamera depan, siri P40 hadir dengan sistem penggambaran 32MP AF (P40 – 32MP FF), sensor IR Depth/Gesture Camera (untuk efek pro-bokeh), dan sensor Ambient & Proximity untuk Face Unlock dalam gelap. Kewujudan sensor tambahan turut membolehkan pengguna menggunakan ciri Small Gesture Control selain AI Private View yang akan mempamerkan notifikasi hanya kepada pemilik peranti.

Untuk videografi, ia menyokong ciri antaranya zum audio, video telefoto, 4K 60fps, 4K HDR+ Time-Lapse dengan SuperZoom, dan video dwi-pandangan (ultralebar+close up). Kesemua rakaman video dibantu dengan teknologi tiga mikrofon bagi menghasilkan video yang lebih realistik.

Prestasi lebih lancar dan power!

HUAWEI Siri P40 dikuasakan cip pemproses Kirin 990 5G yang hadir dengan sokongan 5G. Terdapat slot dwi-SIM (SIM 1+SIM 2/NM Card) disamping sokongan eSIM dan WiFi 6 Plus yang dapat menarik data sehingga 2400Mbps (160MHz pada frekuensi 5Ghz)

Peranti ini beroperasi dengan sistem EMUI 10.1 berasaskan Android 10. Menurut HUAWEI antaramuka terbaru ini mempunyai lebih banyak tema untuk dipilih. Selain itu, HUAWEI juga menyertakan sistem bantuan arahan suara yang dinamakan “Hey Celia”.

HUAWEI juga mengubah suai ciri Always-On-Display yang mana kini AOD hadir dengan pelbagai pilihan animasi 3D baharu. Ciri seterusnya pula adalah Multi-Window iaitu ciri yang membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara di pisahan-skrin. Sementara ciri Multi-Device pula adalah fungsi yang membenarkan pengguna mengawal alat elektronik di sekeliling dari telefon pintar.

Kekal berhubung dengan HUAWEI MeeTime

Nama pun kuarantin, mestilah tak boleh keluar rumah. Apatah lagi nak masuk ke pejabat semata untuk bermesyuarat, memang mustahil! Tapi dengan adanya teknologi HUAWEI MeeTime, bekerja dari rumah takde masalah lagi lah. Kalau korang nak tahu, MeeTime adalah aplikasi panggilan video secara terbina pada peranti pintar HUAWEI.

Melaluinya, pengguna boleh membuat panggilan telefon dari peranti HUAWEI ke peranti HUAWEI yang lain secara percuma dengan menggunakan sambungan Internet. Ia menawarkan kualiti gambar yang jelas meskipun pada pencahayaan rendah. Pengguna juga boleh berkongsi skrin ke paparan lain ketika panggilan video tau!

HUAWEI MatePad Pro – Wajib ada dalam wishlist

Alang-alang survey pasal HUAWEI Siri P40, jangan lupa masukkan HUAWEI MatePad Pro dalam wishlist korang jugak tau! Hadir dengan bentuk lanskap yang menawan, HUAWEI MatePad Pro boleh didapati dalam dua pilihan warna bergaya iaitu Midnight Grey dan Pearl White.

Peranti HUAWEI MatePad Pro ini dijual pada harga RM2,399 (8GB RAM + 256GB ROM + edisi WiFi) saja. Dengan setiap pra tempahan yang dibuat, korang boleh enjoy hadiah percuma bernilai RM1,000, termasuk papan kekunci, M-Pen, dan langganan percuma HUAWEI selama 3 bulan.

Lebih bergaya dengan HUAWEI Watch GT2e

Cukup elok dipadankan dengan telefon pintar baru, HUAWEI Watch GT 2e adalah aksesori terbaik yang patut jadi pilihan generasi muda kalau nak bergaya. Menariknya, jam pintar ini dilengkapi dengan 100 mod latihan dan ciri penjejakan kesihatan yang dah ditingkatkan.

Hayat bateri HUAWEI Watch GT 2e juga sangat lama kerana ia mampu bertahan selama 2 minggu. HUAWEI Watch GT 2e dijual pada harga RM599 dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Graphite Black. Kalau korang buat pra tempahan sekarang, bolehlah dapatkan tali jam percuma bernilai RM68.

HUAWEI AppGallery – Kini lagi syok!

Bagi yang tertanya-tanya pasal peningkatan HUAWEI AppGallery, rasanya sekarang korang boleh senyum lebar sebab HUAWEI AppGallery dah ada lebih banyak aplikasi yang paling kerap digunakan oleh rakyat Malaysia, seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Netflix, Instagram, TikTok, Lazada, McDonald app dan banyak lagi.

Paling mengagumkan, HUAWEI AppGallery juga boleh dikategorikan sebagai salah satu aplikasi yang paling selamat kerana ia diperkukuhkan dengan empat lapisan perlindungan yang telah disahkan serta menepati piawaian industri tertinggi. Lebih syok lagi, pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro juga boleh enjoy ganjaran sehingga RM2,381 daripada HUAWEI Member Center tau!

Maklumat lanjut di SINI

Tak boleh keluar rumah? HUAWEI kan ada!

Ya, HUAWEI sentiasa memahami dan mengambil berat tentang kebajikan pelanggan mereka terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung. Kalau korang nak tahu, HUAWEI menawarkan akses premium percuma 3 bulan kepada semua pengguna HUAWEI Siri P40 dan MatePad Pro. Bagi pengguna HUAWEI yang sedia ada di Malaysia pula, korang juga boleh menikmati akses premium percuma selama 1 bulan dalam tempoh PKP tau.

HUAWEI Care 2020 merangkumi tiga perkhidmatan selepas jualan untuk kemudahan pelanggan iaitu:

  • Perkhidmatan One Stop di mana HUAWEI menawarkan perkhidmatan pembaikan selama 1 jam untuk pengguna HUAWEI.
  • Perkhidmatan Nilai Tambahan untuk Rakyat Malaysia dalam bentuk penggantian skrin satu kali, jaminan selama setahun dan program Hari Perkhidmatan HUAWEI secara bulanan yang merangkumi perkhidmatan profesional untuk perusahaan.
  • O2O, yang juga dikenali sebagai perkhidmatan dalam talian ke luar talian dengan menyediakan khidmat pengambilan dan penghantaran berasaskan AI, yang membolehkan pelanggan membuat pembelian atau mendapatkan peranti mereka dibaiki tanpa perlu keluar dari rumah.

Pra-tempah secara online sekarang & nikmati pelbagai ganjaran!

Haa, tunggu apa lagi tu? Buat pra tempahan HUAWEI Siri P40, MatePad Pro dan Watch GT 2e bermula 3 April hingga 10 April 2020 untuk nikmati pelbagai hadiah hebat daripada HUAWEI. Korang boleh mula buat pra-tempahan atau sebarang pembelian melalui platform atas talian HUAWEI seperti berikut:

Platform Online HUAWEI Malaysia

HUAWEI Online Store

HUAWEI Flagship Lazada

Rakan kongsi HUAWEI Malaysia

Celcom Store – Pre-Orders for P40

Celcom Store – Pre-Orders for P40 Pro

Senheng

SenQ

Lokasi cawangan HUAWEI untuk pra tempahan mengikut negeri:

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Selangor

Kuala Lumpur

Melaka

Negeri Sembilan

Johor

Pahang

Kelantan

Sabah

Sarawak

SKIP THIS AD ×