Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan telah selamat melahirkan anak keduanya. Berita gembira itu diumumkan menerusi satu kenyataan media dari pihak Siti Nurhaliza Production.
Selamat bersalin anak kedua
Foto: Instagram Asyraf Khalid
Menerusi perkongsian tersebut, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi bersama suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa meluahkan rasa syukur atas kelahiran seorang bayi lelaki pada 19 April 2021 (Isnin) jam 6:21 pagi. Jelasnya lagi, bayi yang seberat 3:84 kg itu dilahirkan di salah sebuah pusat perubatan di Selangor dengan kaedah pembedahan.
Siti dan bayi dalam keadaan sihat. Apa yang paling penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Sehubungan dengan itu, pasangan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuk ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan peminat atas kiriman doa mereka. Dalam pada itu, TokTi dan suami turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab sepanjang kehamilannya.
Tahniah TokTi dan Dato’ K
View this post on Instagram
Comelnya!
Sumber: Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid