berita

Fouziah Gous Bakal Tunang Minggu Ini

May 27th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Fouziah GousWah, nampaknya pertengahan tahun 2013 ini banyak berita gembira yang bakal menyusul.

Semalam, OHBULAN! telah menerima panggilan untuk jemputan perkahwinan Izzue Islam pada 2 Jun nanti. Hari ini pula, menerusi Berita Harian pula, Fouziah Gous dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan pada 1 Jun ini.

Pelakon berusia 30 tahun ini pertama kali mendedahkan kekasihnya, Md Zhafran Md Yusof, sekitar bulan April lepas dan mereka berdua juga merupakan rakan kongsi perniagaan.

Menurut laporan tabloid yang sama, pasangan ini hanya akan mengikat tali pertunangan selama 3 bulan sebelum melangsungkan pernikahan pada bulan September ini.

Fouziah dalam temubualnya menjelaskan, dia lebih mempercayai percintaan selepas berkahwin dan tidak suka membuang masa dengan bercinta.

“Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.”

Fouziah Gous & kekasih

Antara beberapa gambar awal kekasih Fouziah sewaktu pertama kali didedahkan pada umum.

Fouziah Gous dan bakal suami

Bakal suami Fouziah juga mempunyai lesen kapal terbang. Cool kan?

Fouziah turut menambah, dengan cara ini, ia dapat mengelakkan fitnah.

“Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan.

Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama.”

Baguslah kalau begitu, semoga berbahagia hendaknya.

SKIP THIS AD ×