berita

Francissca Peter, Siti Fairus & Zainal Abidin Terima Gelaran Datuk

August 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, seramai 99 individu telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang.

Dapat gelaran Datuk

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Istana Abu Bakar di Pekan, hari ini. Menerusi laporan Kosmo, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Amran Mohamed Zin antara sembilan penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Bagi anugerah darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera pula, seramai empat penerima anugerah berkenaan termasuk Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Puan Seri Maslina Ismail. Dalam masa sama, seramai 13 penerima pula menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 24 penerima termasuk kepada penyanyi, Luciana Francissca Lucian G Peter dan Siti Fairus Sheikh Mohamed. Selain itu, ketua Juratih Bola Sepak Pahang, Dollah Salleh; Jurulatih Bola Sepak, Zainal Abidin Hassan dan Ahmad Yunus Mohd Alif dan jurulatih bola sepak Sri Pahang Football Club, Ahmad Yusoff turut menerima pingat sama.

Dalam istiadat itu juga, Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada dua penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada enam penerima, Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada empat penerima dan darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 10 penerima.

Pingat turut dikurniakan kepada lapan penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 10 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan sembilan penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×