berita

Fuh! Siapa Sangka Pembedahan Tonsil Hampir Membuatkan Lelaki Ini Bergadai Nyawa!

November 3rd, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

tonsil

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Walaupun hanya menjalani pembedahan tonsil, Rejim Mongol ini seolah-olah bersabung nyawa..

Kami pun jadi seram membacanya. Kesimpulannya, jagalah kesihatan yang Allah SWT kurniakan kepada kita semua ya!

OH BEDAH TONSIL JE.. LAA

Screen Shot 2015-11-02 at 8.51.34 PM

Alhamdulillah. Hari ni aku diberi Allah kekuatan sket untuk menaip. Oleh kerana dah hampir 7 hari tak makan hanya minum air dan drip je, aku sangat lemah dan takde energy. Untuk fokus mata pda sesuatu utk masa yg lama aku tak mampu. Berbalik pada tajuk tadi, tu la lebih kurang respond awal yang aku dpt bila kengkawan dpt tahu aku duk dlm ward.

Dari gambar yg aku pos nampak serius, bila aku jwb bedah tonsil, semua mcm lega dan hilang risau. Ye betul.. Aku pun akan jadi mcm tu sebelum ni. Tapi skrng aku tahu trauma dan risiko yg aku hadapi

Aku ceritakan kat sini supaya senang jadi panduan org lain dan mudah rakan2 yg baru tahu cerita nka up to date balik.

Pada 2007, waktu tu aku kerja di UIA kuantan, Fakulti Medic. Aku sebagai designer. Tugas aku ialah bantu researcher, doktor, pakar dlm UIA ni utk design presentation diorang supaya proper dan boleh “dipertandingkan” dari segi presentation, bukan contentnya. Jadi banyak research posters, medical jurnal, hasil research yg aku terlibat utk design. Bila aku design, aku kena baca dulu baru aku faham apa yg nk dihilite, baru aku bleh bantu design. Jadi.. Beratus2 bahan bacaan aku baca dari semua department Medic. Ophtal, anaes, orl-hns, ent, pshycology, permanian berhadas dan mcm mcm. Semua content up to date. 3 tahun aku di UIA, paling aku ingat sekali ialah baby akan develop allergy pada 3rd trimaster. So ibu kena avoid semua allergan mcm kacang dan lain lain pada tempoh tu. Kita? 3rd trimaster pakat beli air soya minum.. Nak baby putih. Pastu anak sibuk eczhema sana sini. Allergic, lelah, mcm mcm..

So, dalam byk2 dept, ada area yg doktor pakar dia “muda2” dan kepala “gila2” sket. Yg ni mmg tempat aku lepak la. So salah satu dept yg mcm tu ialah ENT. Ear Nose Throat. Jadi masa tu berat badan aku dlm 115kg. Yer mmg obes teruk diorang perasan aku selalu terlelap dlm kuliyyah meeting. Jadi Dr. Zamzil Amin dan Dr. Kahairi la yg selalu aku lepak. Diorang nk test satu machine dari singapore. So perlu peserta utk buat sleep study. Jadi dia diorang suggest aku buat sleep study. Datang malam, lepak kejap. Dlm pkl 10:00 nurse pasang semua sensor sensor dan mask breather kat aku. Dah mcm darth-vader dah aku. Pastu aku perlu tidur je semalam kat situ. Esok result keluar, semua terkejut. Dalam satu malam, aku berhenti nafas waktu tidur 22 kali average dlm sejam. Setiap kali tu duration dlm tempoh 1-2 minit. Bila aku bgun tido, oxygen dlm badan ada 52% je. Bawah pada 50%, bleh koma. So aku disahkan ada Severe Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Skrng nak cari punca pulak. Gemuk dah confirm, nk tgk kot ada dalang lain. So Dr Amin ajak ke klinik dia, dia skop pakai kamera. Naaahhh. Aku ada Adenoids yg besar. Full blockage. Bila aku kena sakit tekak, atau batuk atau selaema, tonsil, adenoids ni akan bengkak. Dah la saiz dia besar, bila bengkak, dia keras dia blok habis laluan udara. Senang ckp kalau aku demam selsema, malam tido aku bleh mati. Jadi Dr2 ENT ni explain kat aku apa boleh buat dan diorang cadang aku bedah adenoids tu. Bila buang adenoids, buang tonsil sekali. Jadi nama operation dia adenoidtonsilactomy. Doc amin bg date operate. Pre-Ops date sampe, aku lari. Takmo buat. Takut. Orang ckp alaaa bedah tonsil je la. Bebudak pun rilek je buat.

Beberapa tahun berlalu, aku dah berenti UIA, aku pindah bukit Rangin, eh aku satu masjid dgn Dr Kahairi rupanya. Borak punya borak, satu hari aku iktiqaf dgn Dr Kahairi kat masjid dia perasan aku tido dengkur kuat walaupun badan dah turun 94kg. Dia suh aku dtg klinik. Dia plak skop. Dia pun ulang balik apa yg dr Amin pernah bgtahu aku dulu. Tapi beza kali ni ialah aku makin tua ni makin health contious jadi tinggi. Jadi dia pun tau Dr Amin suh operate. Jadi dia pun cadang yg sama. Kali ni aku ckp ok.. Aku add dlm calendar.

Date makin dekat. Aku tak risau pun sebab kawan aku yg akan buat ops. Lagipun bedah tonsil je. Yg aku tak tahu ialah pembedahan tonsil memerlukan bius penuh. Tido sepenuhnya. Sedar sedar tonsil dah takde. Tapi, rupanya perkataan “sedar2” tu rupanya ada risiko 50/50 utk tak sedar. Tapi kes ni sangat kurang la. Tapi kalau ada OSA, dia jadi bahaya plak sebab kalau oksigen low, masa mula bius masuk, bdn ko akan berenti function, semua mesin akan take over. Baik. Korang rasa berapa lama masa team pembedahan akan ambil masa utk pasang mesin tu kat badan ko lepas dibius? Diorang ada window lebih kurang 6-7 minit selepas oksigen korang habis dlm badan dan otak korang mati. Ingat, orang ada OSA mcm aku berapa percent oksigen? 52% so masa dah jadi separuh. Tapi krew pembedahan ni bukan calang orang geng.. Kalau bukan expert, dia tak duduk tempat dia kerja tu. So Pakar bius HTAA panggil aku utk pre-ops. Diorang interview dan cuba cari rekod OSA 2007 aku tu. Mana ada simpan, masa tu projek geng lepak bilik Kopolasi punya projek sleep study. Bukan official HTAA punya. Pakar bius nak sahkan betul ke aku ada OSA sebab kalau betul, dia kena booking bilik ICU utk aku incase apa apa hal. Tapi dari pemerhatian dia, aku fit utk ops. Tak perlu ICU. So lepas discussion pasal lifestyle aku latest, berat terkini dll.. Dia confirm aku fit. Tak perlu booking ICU. Aku dah terkeluar dari OSA.. Tapi.. Aku masih ada masalah blockage dari adenoid dan tonsil aku ni. Aku boleh pilih utk tak operate pun takpe. Tp, alaa tonsil je kot.. Tanpa aku tau risiko menanti.

Jadi pakar bius bagi satu kertas informasi “common risk” dari bius penuh. Baca, fahamkn. Eh? Boleh mati? Yer.. Tapi kurang sngat kes tu. Aku dah mula cuak. So aku wasap geng ENT. Doc kahairi ckp jgn risau insya-Allah, kalau takde bleeding no problem. Eh? Bleeding? Err aku tak pernah plak ada bleeding kat tekak. Lagipun doc Kahairi yg buat, insya-Allah ok. Eh azraie, sy maybe tak dpt ops u haritu. Doc Shamimi kawan saya yg akn buat. Dia ok, dia pakar ENT HTAA. Kalau kawan ko expert buat cendol cakap cendol kedai sebelah sedap gila ko tak pcaya ke?

So cuak aku tadi aku ajar hilangkan. Date sampai.. Aku buat dlm bentuk kronologi supaya korang faham.

Kronologi di hospital

Screen Shot 2015-11-02 at 8.51.10 PM

DAY 1 – 11hb HTAA
Masuk wad, daftar katil, ambil sample darah, puasa. Depan katil aku ada sorang brader buat tonsilactomy juga. Dia kerja warden Penjara. Brader ni muka lagi cuak dari aku. Dia asik twmenung, kehulu kehilir. Rupanya dia pun ppernah lari ops. Skrng baru nk buat balik.

DAY 2 – 12hb HTAA
Aku operate dulu. Tukar baju ops. Ditolak masuk bilik ops semua muka tak kenal. Tetiba ehhh.. Prof. Arif dari Anaes dept. Terus dia pegang kepala aku, apa u buat sini? Laaa saya kenal dia ni, yg ni bagi saya buat, ini kawan.. Kena bagi personal touch heheh kata Prof Arif pada krew Anaes dlm bilik Ops. Sambil dia pegang kepala aku dia kata zikir, mengucap.. Jgn risau u in good hand. Bai.. Masa dia ckp kawan kena bagi personal touch tu aku dah kena bius hati dah bai hehe. Thanks prof Arif. U really confort me. Asyhadualla ilaha ilallah.. Gone.

Azraie bangun.. Bangun.. Suara prof arif kejut aku. Ops dah siap alhamdulillah. Bangun. Aku mamai tp bleh fikir nk joking dgn prof arif, aku pun pegang btg hidung aku dan pandang dia.. Lerr tak mancungkan terus ke prof? Dia gelak haha. Nurse tolak masuk wad balik. Brader yg depan aku plak masuk. Dan itulah kali terakhir aku tgk brader tu. Sampai sudah dia tak naik balik ward. Katanya masuk ICU sebab dia ada OSA.

DAY 3 – 13hb HTAA tgh malam.
Aku makan aiskrim, wife aku jaga aku dgn buat buburnya, dgn teman aku nya. I love u cik jue. Pkl 3:00am, aku terbatuk, ada darah. Biasa la lepas operation mmg la ada kesan darah. Aku call dr kahairi, doc suh aku makan aiskrim. Aku mula rasa clotting.. Darah mula beku kat area berdarah tu. Bila beku dia jadi berketul. Bila berketul aku mula susah nafas.

Doc kahairi call doc yg Oncall haritu kat wad. Dr.Lo dia tgk aku. Dia kata ni biasa je. Makan aiskrim lg. Lepas sebekas setengah aku makan aiskrim, aku tgk suara jadi makin sempit, nafas makin susah. Aku aku panggil Dr.Lo dan bgtahu ini blood clot, aku ajak dia pergi singki.. Aku batuk kuat dan seketul clot besar keluar. Aku ckp.. Nah skrng doc percaya tak? Ada lagi 2 clot didalam. Dia pun suluh dan bila clot tadi dah keluar dia pun faham mana lagi clot lain tu. Dia bantu aku keluarkan dwngan tolak dengan btg eskrim besar tu. Muntah, dpt keluarkan. Terus tekak berdarah. Dia suh gargle ais.. Then lepas stengah jam Dr.Lo decide aku kena masuk 2nd Ops mlm tu juga.

So bila stretcher sampai, kali ni takde prof Arif.. Yg ada MO dan doktor2 baru. MO anaes brief aku risiko bius.. Tapi kali ni dia tekankan sket risiko tu sebab ni kali kedua aku ops dlm 24 jam. Dan brader wrden tu terus lepak ICU.

Aku cuak. Rasa taknak buat. Aku tanya Dr.Lo sambil baring.. doc, perlu ke saya ambil risiko ni? Dia pandang ke arah anaes dan ckp.. Perlu.. Kalau tak u akan muntah darah sepanjang malam utk tunggu pakar. So Kalau Dr.Lo rasa aku perlu ops, aku follow je lah.

Aku zikir, aku buat amalan sebelum tidur yg biasa aku buat. Baca doa tido, mengucap. Gone… Azraie bangun! Bangun! Ops dah selesai. Aku mamai lagi tapi aku tanya Dr.Lo, mcmana doc? Dr.Lo ckp, ok, saya sudah kasi clear semua balance2. Itu darah pun semua sudah laser. Ok sudah. Alhandulillah.

Siang tu dr round ward. Dr Shamimi terkejut Dr.Lo dah buat ops mlm semalam kat aku. Tp dia tak kisah asalkan aku ok. Dia tgk aku dan bg aku stay sehari lg kalau ok bleh balik.

Ada batuk tp tkde berdarah. Aku jaga menu, jaga betul timing ubat dll. Gargle ikut time. Buat chest exercise takut lung infections plak sebab 2 kali trauma kena tube Ops.

DAY 4 – 14hb HTAA

OK. Semua terkawal. Mcm boleh balik. Doc Shamimi discas aku. Bayar bil boleh balik.

DAY 5 – 15hb RUMAH
cuti AwalMuharam.
Byk rehat, byk tido, kurang makan. No vape.. Aku anggap sama je mcm no smoking. Mula tablet antibiotik.

DAY 6 – 16hb RUMAH
Sakit tekak. Tp biasa la. Doc kahairi suruh makan bubur. Makan benda lembut mcm roti cicah air sejuk ke. Benda Keras, Panas, Pedas kerna avoid. Aku taat.

DAY 7 – 17hb RUMAH.
Ada dinner silat Lian. Aku ngan wife dtg juga walaupun aku takleh makan. Dpt jumpa tok guru silat aku dan jumpa kengkawan seperguruan lagi penting.

DAY 8 – 18hb RUMAH
Aku call Dr Kahairi. Tekak rasa ok. Tapi kerja takleh tunggu tekak. Aku kena pergi Kok Lanas utk shooting. Doc Kahairi tak advice aku travel. Dia takut bleeding. Aku ckp mmg kena pergi juga.. Dia kata kalau gitu dia takleh kata apa la. Dia pesan aku bawa buku hospital dan discharge notes tu.

DAY 9 – 19hb RUMAH
Rest lagi.

DAY 10 – 20hb RUMAH
malam aku travel ke kok lanas. Driver berdua dgn wife. No rush. No stress.

Aku ingat dah OK..

Screen Shot 2015-11-02 at 8.51.26 PM

———- after 10 days ops.. Aku ingat aku dah ok.. ————–

DAY 1 – 21hb KOK LANAS
Aku shooting dari pagi sampai tghari. Minimum voice. Pkl 2 ptg aku dah balik hotel.

Duduk lepak ngan wife.. Aku bersin. Tetiba rasa ada air kat hidung. Menitik. Ya Allah bleeding! Ok, kontrol suasana.. Rilek. Aku terus minta wife ke bawah minta dr hotel ais dan air. Aku gargle ais. Gargle gargle. Dia berhenti. Aku rilek sebab masa salur darah kecut kena ais mmg dia stop, kejap lagi dia terbukak balik darah balik. Aku tgk byk juga darah dan cepat dia keluar so aku saspek ni vein besar ni. So aku call dr kahairi. Doc suruh aku terus gi Hospital Kota Bharu.

Aku fikir kalau drive ke KB.. Korang pernah baca kan aku pernah tulis aku tobat takkan drive masuk KB. Lagi lagi time petang time org balik keje. Whoaa. Aku suruh wife aku minta hotel call ambulance. Darah stop. Aku suh wife bsiap wife ckp better tinggalkan kete. Dia tak cekap memandu rush. Dia teman naik ambulance sekali.

30minit ambulan sampai. Aku dah redy kat bawah dengan bekas minum penuh ais, baldi hotel utk standby gargle. Ngam je ambulan sampai, dia terus bleed balik. allah.. Sekali lagi gargle ais. Kali ni MO yg dtg dgn ambulan takyah byak tanya. Nampak dah darah keluar banyak. Setiap kali kumur luah je darah. Kali ni aku siap rasa “oozing” kat tekak. Aku bagi MO tu discharge notes dan buku HTAA. Dia terus naik ambulan, suh aku duduk dan teruskan gargle.

Tindakan tepat aku amik ambulan. Jalan as expected. Ambulan pakai siren. Dalam ambulan stop lagi pendarahan. Aku terus gargle. 30minit sampai Hospital Kota Bharu. Pergi emergency, triage tgk takde apa pun, mmg duk kawasan tak kiritial la. Aku rilek je. Follow.

Jumpa je doktor, doktor suruh nganga dia nk tgk, masa tu memancut bleeding balik. Uih dia kata. Aku mmg bawak baldi ngan bekas ais tadi so aku teruskan gargle lagi la. Tp kali ni dia tak berwnti. Lepas sejam aku gargle dia tak berenti. Doktor tukar triage aku masuk ke separa kritikal. 5 jam aku tadah baldi kat situ. 4 beg plastik darah aku salin dari baldi tu. Campur air la kan. Tapi the last 2 tu aku dah habis ais. Aku tak gargle dah aku nak suh dia clot aupaya dia bleh tutup luka. Tapi clot tu tak dpt tahan preasure darah ygkeluar.. Oozing.. Aku rasa kat tekak.. Bzzz bzzz darah memancut. Aku tunduk dan biar dia mengalir keluar kat mulut.. Menitik 1 saat 2 titik darah. Laju.

Dr ENT kat ER masa tu doc Salina Kaur. Dia tak bleh tgk luka aku kat mana sebab byk darah. Jd aku kena buang clot dan bg dia nampak. Baru boleh bantu dia info kat pakar. Aku panggil dia, suruh dia standby dgn btg eskrim tu. Aku korek clot dgn jari, pastu aku kumur air dan muntahkan clot. Buat beberapakali pastu aku luah je terus dia suluh aku dan dia nampak kat mana luka tu.

Dr Kahairi pun berhubung dgn pakar ENT HKB, saling supply info. Akhirnya diputuskan aku kena masuk OT lagi.

Aku yg fit tubuh badan ni kena trauma 3 kali OT. Aku Fikir dah lepas 10 hari dr 1st OT.. Okdah kot. Masuk OT sini.. Doc suruh zikir doa, mengucap. Gone..

Kali ni bangun bangun tu putus putus bercampur memori org dtg melawat aku. Mamai teruk. RUPANYA..

DAY 2,3,4,5 22-25hb CICU HKB
4 hari aku ditidurkan. Doktor takboleh nak hentikan pendarahan sebab pembedahan sebelum ni oleh Dr Lo guna teknik shaving. Dia hancurkan dan sedut. So. Takleh nak jahit luka urat tu. Lokasi luka tu mmg memeningkan orang ENT HKB. Yg tu aku takleh cerita lagi. Aku pun tak clear. So pakar ENT sini decide utk pack kapas dan ghouse bebanyak kat tekak aku bagi luka tu berhenti sendiri. Pasang paip air dan udara kat tekak aku. Masukkan kapas sekat luka tu byk byk. Terus tidurkan aku 4 hari duduk Critical ICU. Terima kasih kepada yg dtg melawat. Ada yg aku ingat, ada yg aku tak ingat. Geng Sukma 94 semua aku ingat. Terima kasih.. Mael derus ttp masih backing aku sampai skrng. Kandar, abg rahim, lan rangka, lee, terima kasih.

Antara yg dtg tapi aku takde memori ialah tok guru a.k.a boss lama aku Dr. liwauddin dan keluarga. Terima kasih doc. Banyak juga ilmu medic yg aku belajar dari Dr.Deen. Tapi kalau korang nampak aku sebagai businessmann.. Nak tau siapa yg ajar, ha ni la dia tok guru aku.

DAY 6-8 26-28hb WAD MELATI HKB
Hari ke 6 aku dibedah semula. Dibuang kapas. Doktor tgk pendarahan dah stop. Luka dah mula menyembuh. Dr Afidza pakar ENT HKB buang semua pipe dan kejutkan aku. Aku terjaga dalam ICU. Dipantau seharian disana. Dipindahkan ke wad ENT di wad Melati tingkat 5 HKB. Dan disinilah aku recovery. Disini Dr Amin dari Kuantan take over bantu aku melalui phone ganti Dr Kahairi yg sedang khuruj.

Korang tau tak? Last aku makan ialah di kok lanas.. Makan roti. Itu last. Lepas tu aku punya sumber ialah melalui drip je. Darah hilang banyak. Aku pucat mcm mayat. Aku nk berdiri sendiri tak mampu. Doktor benarkan aku minum air kotak utk gain energy. Aku mInum air teh bunga, air laici.. Slow slow energy dtg. Makan tak boleh. So mmg air saja sampai skrng. Ada saluran tube feeding dipasang pada hidung aku. Tp baru 3 kali guna masukkan susu. Tp badan aku rejek. Dia rasa pelik. Bila masuk susu melalui tube tu, saluran tekak aku jd bengkak dan preassure build dlm kepala.

Aku asik baring je. Badan busuk tak mandi dekat 10 hari. Wife lap lap je. Bila kita dlm keadaan mcm tu, moral kita down. Tapi Allah bagi aku wife yg asik senyum je, mak ayah yg sanggup stay kat KB utk pantau perkembangan aku. Diorang usahakan masjid buat solat hajat. Ada kengkawan yg doakan hajat khusus utk aku dr jauh serata Dunia. Terima kasih.

Wife ajak aku mandi. Bawa dengan wheelchair. Bilik mandi HKB ni air wad dia ada air panas. Aku mandi.. Bila kena air pnas, yg pucat nampk merah balik. Perlahan lahan rasa segar. Bersabun, cuci muka, shampu, shave misai, aku nampak life aku balik. Aku nampak dlm cermin wajah aku yg aku kenal. Dari masuk toilet aku mcm dah give-up. Nak follow through je proses hospital ni. Tp lepas mandi, aku dpt life balik. Aku nak fight for life. Aku nak sembuh. Lepas mandi solat jadi bersemangat sket.

Terima kasih khusus kepada Abg Roslan bantu aku urus kerja dan teman aku sampai masuk OT. Terima kasih khusus kepada sepupu aku abg Jeff yg standby di KB bantu wife dan mak ayah aku. Terima kasih khusus kepada Keluarga Pakteh Aziz, waghih Den, keluarga Ayoh Wey, adik beradik aku. Terima kasih khusus untuk kengkawan yg buat solat hajat utk aku. Terima kasih khusus utk geng kopolasi dr.Amin, Dr Kahairi, staf CICU HKB, ENT HKB, staf wad melati. Terima kasih. Terima kasih Paksu Asaari host brg brg aku dan kereta dirumahnya.

Insya-Allah 2-3 hari lagi aku akan dibenarkan pulang. Doktor nak pastikan aku fit utk travel je ni tu dia tahan lama sket kat wad.

Jadi skrng lepas korang baca ni. Korang rasa sanggup ke nak jwb ooo laaa bedah tonsil jer.. Hahaha. Kisah aku sebagai panduan yg lain. Kalau tak perlu operate, boleh pilih cara kuruskan badan ke atau apa.. Pilih yg tu. Jgn pilih operate. Jgn ckp.. Ala bedah tonsil je pastu gadai nyawa, sabung mati.

Sekian.

SKIP THIS AD ×