berita

Fukuoka Bandar Pelancongan Underated Di Jepun Yang Muslim Friendly. Serius Korang Kena Pergi!

September 13th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Selalunya kalau melancong ke Jepun antara bandar yang selalu menjadi tumpuan pastinya Tokyo, Hokkaido atau Osaka. Tapi korang tau tak, sebenarnya ada satu lagi bandar di Jepun yang patut masuk dalam list, kalau korang pasang angan-angan nak ke Jepun.

Haa.. Kali ni kami nak share dengan korang tentang Fukuoka, sebuah bandar percutian di Jepun yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Tempat ni memang wajib jadi pilihan korang kalau melancong ke Jepun.

Check it out!

Fukuoka destinasi untuk sang pencinta alam.

Kredit WOW! JAPAN

Untuk korang yang gemar melancong dan menikmati keindahan alam sekitar, Fukuoka memang tempat yang korang kena tuju. Di Fukuoka ada banyak tarikan alam yang sangat memukau pemandangan. Meyh kami senaraikan sikit.

Hirodai

Kredit: suparuj

Kawasan batu kapur putih yang terbentang luas di atas padang hijau dan berbukit. Tempat ni dikenali sebagai Yougunbaru oleh penduduk setempat kerana keadaan batunya yang berlonggok di kawasan tertentu dan seakan-akan berkawan.

Berdekatan tempat ni juga ada sebuah gua batu kapur,  Senbutsu Shonyudo yang mempunyai aliran air semula jadi yang sangat jernih. Tempat ni memang cantik kalau korang nak tenangkan diri dan rakamkan gambar pemandangan. Nak OOTD pon cun weyh!

Kredit: suparuj

Kredit WOW! JAPAN

Air terjun Shiraito

Terletak di Agano Ravine, Kitakyushu Quasi-National Park merupakan tempat tumpuan pelancong daripada dalam dan luar Jepun. Air terjun dengan ketinggian 25 meter ni selalu dijadikan “sweet escape” bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran dan menikmati keindahan alam.

Pemandangan musim sejuk (Kredit: senolhasan)

Pemandangan Shiraito Falls (Kredit: adrianalfordphotography)

Uminonakamichi Seaside Park

Kredit: Japan-guide.com

Uminonakamichi Seaside Park adalah sebuah taman rekreasi yang luas di mana korang boleh menikmati bunga bermusim. Selain boleh menikmati pelbagai jenis bunga, taman ni juga menyediakan tarikan lain seperti taman tema air dengan kolam renang resort terbesar di barat Jepun.

Kredit: Japan-guide.com

Kredit: Japan-guide.com

Kredit: Chanwon92

Banyak tarikan best, kalau bawa family mesti syok!

Kashii Kaen Sylvanian Garden, Higashi-ku

Kredit: tsunagujapan.com

Salah satu taman tema yang ada di Fukuoka, taman tema ni ada banyak tarikan dan rides yang sesuai untuk semua peringkat usia. Kalau ada anak, korang wajib bawa anak korang ke sini.

Dekat sini, paling best semestinya Sylvanian Garden. Penuh dengan patung besar daripada watak animasi popular Sylvanian wei. Setiap hari juga akan ada persembahan comel dari karakter Sylvanian. Kalau korang peminat Sylvanian families, korang wajib datang sini.

Kredit: Nazreen Kamaruddin

Muzium Anpanman

Kredit: tsunagujapan.com

Korang yang dibesarkan tahun 90-an confirm mengenali watak animasi Anpanman, watak roti yang gemar membantu orang dalam kesusahan. Di Fukuoka, terdapat muzium Anpanman, kat sini korang boleh bergambar dan juga berinteraksi dengan Anpanman.

Selain tu, ada juga studio khas yang dibina seakan-akan dunia sebenar Anpanman. Korang mesti akan rasa macam dalam dunia Anpanman bila masuk dalam tu.

Kredit: tsunagujapan.com

Tinggalan sejarah masih terpelihara.

Suka tengok tinggalan sejarah lama? Jangan lepaskan peluang korang lawat tempat-tempat ni.

Istana Kokura

Kredit WOW! JAPAN

Jalan Retro, Moji Port

Kredit WOW! JAPAN

Muzium Landasan Keretapi Kyushu (Kyushu Railway History Museum)

Kredit WOW! JAPAN

Makanan halal? Mestilah ada!

Yagoro Kashii

Pergi Jepun, mestilah nak rasai sendiri makanan asli Jepun macam sushi atau soba. Tapi, senang ke nak cari makanan halal? Haa.. Jangan risau! Kat Fukuoka ada satu restoran makanan asli Jepun yang halal iaitu Yagoro Kashii. Kat situ ada satu menu wajib korang kena cuba iaitu mi soba.

Penyediaan makanan halal kat kedai ni diasingkan daripada dapur biasa bagi menjaga kebersihan makanan yang dihidangkan. So, korang boleh makan tanpa was-was.

Kredit: IslamItuIndah.my

Naniwa Sushi

Sushi yang disajikan kat kedai ni tak sama macam kedai yang lain kerana bahan yang digunakan daripada hidangan laut yang segar, seasoningnya pun bukan berasakan alkohol seperti kebiasaan. Sebaliknya, hanya menggunakan cuka asli dalam hidangan nasi dan sos shoyu.

Kredit: IslamItuIndah.my

Tapi kalau korang masih rasa ragu-ragu, jangan risau sebab terdapat banyak kedai arab yang ada di sekitar Fakuoka ni. Jadi, korang memang takkan kelaparan.

Let’s shopping!

Dah penat bersiar-siar dan menikmati bumi Fukuoka, tibalah masa untuk korang shopping. Kat Fukuoka ni ada banyak shopping mall yang korang kena pergi. Antara shopping mall yang popular dalam kalangan pelancong ialah:

Canal City, Hakata

Kredit: Japan Travel

Kredit: Japan Travel

Dikenali sebagai “City within the city”. Pusat membeli-belah ni memang lain daripada yang lain kerana mempunyai reka bentuk kreatif dan unik serta jalan air yang mengalir sekeliling mall. Memang nice la.

TOSU Premium Outlet

Ni memamg syurga kaki shopping. Kalau korang rasa barang yang dijual di Genting Premium Outlet dan Johor Premium Outlet tu murah. Haa.. Korang memang kena singgah TOSU Premium Outlet ni. Ada banyak produk dan barangan daripada pelbagai jenama dengan harga barangan yang jauh lebih murah daripada Premium Outlet kat Malaysia.

Pastikan korang tak lupa diri masa shopping kat sini!

Kredit: Nazreen Kamaruddin

Jom Discover Japan dengan AirAsia!

Kredit WOW! JAPAN

Banyak lagi sebenarnya tarikan yang ada kat Fukuoka dan sebab tu korang tak boleh lepaskan peluang untuk terbang ke sana. Paling best mestilah sebab AirAsia ada menyediakan penerbangan terus ke Fukuoka daripada Kuala Lumpur. Tapi, kali ni AirAsia ada promosi harga giler-giler kalau korang terbang ke Fukuoka pada musim sejuk ni.

Tapi promosi ni cuma untuk AirAsia Big Member je tau, korang boleh beli tiket ke Fukuoka hanya pada harga RM269 dengan menggunakan BigPay. Korang boleh menempah tiket penerbangan mulai hari ini sehingga 21 September 2019.

Tempoh perjalanan: 19 November 2019- 29 Mac 2020.

So, tunggu apa lagi? Korang dah boleh start planning untuk bercuti Fukuoka. Jangan lepaskan peluang untuk melancong ke Fukuoka bagi Discover Japan dengan cara korang!

Untuk mengikuti promosi apa yang ditawarkan AirAsia dan macam mana korang boleh dapatkan tiket ke Fukuoka pada harga promosi  layari saja laman web AirAsia.

Selamat bercuti!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×