Peluang untuk melancong ke negara matahari terbit ni memang jadi impian semua orang. Baru-baru ni, admin berpeluang explore Fukuoka yang merupakan salah satu bandar terbesar di Jepun.
Kalau korang nak tau, Fukuoka adalah tempat yang paling banyak muzium dan galeri seni serta taman yang cantik untuk dikunjungi. Selain tu, terdapat banyak pusat membeli belah yang sangat menarik terutamanya di Hakata tau!
Menarikkan? Jom baca lagi informasi lanjut di bawah.
Lokasi Unik Yang Hanya Ada Di Fukuoka!
1. Kashii Kaen Sylvanian Garden, Higashi-ku
Kashii Kaen merupakan salah satu taman tema yang ada di Fukuoka. Dalam taman tema ni terdapat banyak tarikan dan rides yang sesuai dengan semua peringkat umur. Paling Min seronok ada Sylvanian Garden, penuh dengan patung yang besar dan ada persembahan comel dari karakter Sylvanian ni.
Selain tu, taman ni sesuai sangat untuk seisi keluarga datang beriadah. Haa Min nak beritahu barang-barang Sylvanian Families kat sini lebih murah dari harga kat Malaysia. Haa boleh la korang borong semua koleksi keluarga Sylvanian. Korang yang memang fans Sylvanian families wajib datang sini.
Kalau korang nak tengok dengan lebih lanjut, boleh la tengok kat sini banyak attraction yang korang boleh pergi dalam Kashii Kaen Park ni
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (10am-5pm), Sabtu-Ahad (10am-6pm)
Tiket masuk: 900 yen
Permainan: 100-400 yen bagi setiap permainan
2. Ohori Park, Ohori Koen, Chuo-Ku
- Taman Ohori merupakan salah satu taman tercantik di Jepun dan dijadikan sebagai tempat untuk relax dan beriadah oleh orang tempatan di sini. Festival bunga api turut diadakan di sini pada setiap bulan Ogos. Taman Ohori ni memang sangat besar dan terdapat 3 pulau di teluk ni iaitu Willow Island, Pine Island,and Sweet Flag Island
Selain tu,korang boleh sewa bot jugak. Tapi pada Mac sehingga Awal November tau. Terdapat Amenbo (Water Strider), angsa, dan perahu. Korang boleh relax sambil lihat pemandangan di sekeliling taman dan ada juga burung liar yang berkeliaran.
Harga:
Amenbo (Water Strider) boat (two people) 30 minutes: 1,000 yen
Swan boat (two people) 30 minutes: 1,000 yen
Row boat (two people) 30 minutes: 600 yen
Nak tau lebih banyak tentang taman ni, jom klik sini
3. Japenese Garden, Ohori Park
Selain itu, Min berpeluang ke Japanese Garden dalam Ohori Park ni tau. Taman ni memfokuskan keindahan sebenar Japanese Garden. Ia mempunyai keluasan 12,000 meter persegi. Dalam taman Jepunni ada air terjun mini, taman lanskap, sukiya-zukuri style teahouse, dan taman teh.
Untuk korang yang suka ber-Ootd, memang sesuai sangat bergambar kat dalam ni. Kebetulan pula, masa Min berjalan dalam taman ni, sis terjumpa perempuan jepun yang memperagakan kimono. Dapatlah Min dan kawan-kawan bergambar dengan wanita Jepun ni.
Waktu operasi: 9:00-17:00
*Jun, Jul & Aug: 9:00-18:00
4. Momochihama Seaside Park & Fukuoka Tower
- Pelbagai restoran dan pub di tepi pantai Momochihama Seaside Park.
Ini adalah sebuah taman dengan pantai buatan utara Menara Fukuoka. Ia berdekatan dengan mercu tanda seperti perpustakaan awam, muzium awam dan Yafuoku! Kubah. Di tengah-tengah pantai juga merupakan kedai pengantin dan restoran (kawasan Marizon).
Pantai ni sangat sesuai untuk sukan pantai seperti bola tampar pantai, bola sepak dan jet ski. Pada waktu malam, lampu-lampu malam bandar dapat dilihat dengan indah di laut. Ini adalah salah satu tempat dating paling popular di Fukuoka.
Waktu operasi: Kedai sekitar pantai: 10:00 – 20:00, Restoran 11:30 to 23:00
Menara Fukuoka & Momochihama Seaside Park
Menara Fukuoka ni adalah menara pantai tertinggi di Jepun. Korang boleh tengok pemandangan sekitar kota Fukuoka dari bilik pemerhati di tingkat 5 setinggi 123 meter, memang awesome! tapi apa yang sedihnya, Min dan kawan-kawan tak berpeluang naik Fukuoka Tower ni sebab dah tutup!
Fukuoka Tower
Waktu operasi:
April – September 9:30 – 22:00
Oktober – Mac 9.30 – 21.00
Bayaran masuk: 800 yen (20% off untuk pelancong jika lampirkan passport)
5. Uminonakamichi Seaside Park
Uminonakamichi Seaside Park adalah taman negara terbesar kitorang pernah pergi. Besar taman ni mencecah 300 hektar menjadikan perjalanan jauh untuk pergi setiap satu tempat tarikan di situ, diorang sediakan fasiliti sewa basikal (400 yen selama 3 jam + 70 yen jam berikutnya, atau 700 yen sehari).
Banyak juga acara diadakan mengikut musim seperti Flower picnic (musim bunga), Festival Ros (awal musim panas dan musim gugur) dan Cosmos Festival (musim luruh). Selain tu, ada juga Sunshine Pool (taman tema air), splash fountain, forest house (woodwork) dan taman haiwan (open animal forest).
Banyak lagi pusat tarikan kat sini termasuk Marine World, iaitu pusat akuarium yang mempunyai 350 jenis ikan dan hotel resort dengan pemandangan laut Luiganz. Min suggest korang luangkan masa 2 hari la kalau pergi Uminonakamichi Seaside Park ni.
Sunshine Pool : Dewasa (Age 15 dan keatas): 1,650 Yen; Kanak-kanak (Elementary and Junior High School Students): 850 Yen; 3 hingga 5 tahun: 150 Yen.
Marine World: Dewasa, 2,160 yen, Junior High School Students: 1,180 yen, Elementary School Students: 820 yen, Kanak-kanak: 570 yen.
Nak shopping? Nah, ini port terbaik!
Haa dekat Hakata ni, ada banyak pusat beli belah yang korang boleh lawati atau shopping.! Yang paling best, semua shopping mall dekat area sini semua berdekatan. Jalan kaki je pon dah okay sebab semua dekat.
Antara pusat beli belah dekat Hakata ni ialah Canal City Hakata, Amu Plaza Hakata City, Kitte Hakata, Hakata Marui (Large Department Store), Ming & Deitos Annex. Jom Min share sikit salah satu pusat beli belah yang kitorg dah explore dekat Hakata ni.
1. Canal City, Hakata
Canal City Hakata, juga dikenali sebagai “city within the city”. Dengan reka bentuk yang kreatif dan unik serta jalan air yang mengalir sekeliling mall ni.
Bahagian tengah mall Canal City ni, ada ruang untuk aktiviti dan juga acara tertentu. Kebetulan pula, waktu Min datang sini, ada acara “Canal Splash”Tapi untuk pengetahuan korang “Canal Splash” ni diadakan sepanjang musim panas sahaja iaitu dari 20 Julai hingga 26 Ogos. Jarak Canal City daripada Hakata station, 8 minit jer kalau berjalan kaki. Alaa macam KLCC nak ke Pavilion.
Memang seronok dapat berjalan kaki sambil cuci mata tengok pemandangan bandar Fukuoka ni. Lepas tu kitorg explore kat area Tenjin, Fukuoka.
2. Tenjin, Fukuoka
Kat Tenjin pun banyak pusat membeli-belah yang korang boleh shopping! Antara mall yang ada kat Tenjin ni ialah Tenjin Underground Mall, Tenjin Core, Solaria Stage, Tenjin VIVRE, Mina Tenjin dan banyak lagi.
Tapi apa yang buat Min tertarik waktu malam kat Tenjin memang happening, ada street food yang menjual makanan, minuman, dan cenderamata. Suasana kat sini memang meriah, antara tempat tarikan pelancong dan juga orang tempatan.
- Street food berhadapan Parco Mall
3. TOSU Premium Outlet
Tosu premium outlet ni akan buat kita tak ingat dunia bila shopping. Bak kata orang, “shop until you drop” sebab ia menawarkan banyak produk dan barangan daripada pelbagai jenama dengan harga yang berpatutan. Alaa macam Genting Premium Outlet, Johor Premium Outlet tu.
Untuk yang suka barang sukan, ni memang lubuk untuk korang. Semuanya murah. Lagi murah dari Malaysia!Pastikan korang peruntukkan masa yang cukup kalau nak berbelanja di sini! Sebab waktu operasi dari 10am – 8pm. Confirm korang shopping sakan sampai kedai tutup!
Nah, ini extra tips daripada admin!
- Coin Locker
Kalau korang travel kat Jepun ni, diorang sediakan fasiliti untuk simpan bag atau luggage. Sementara nak tunggu waktu check-in tu, boleh simpan barang dan bag dalam coin locker ni dan korang boleh berjalan dengan bahagianya tanpa bawa bag yang besar tu. Setiap locker harga yang berbeza tau. Klik la kat sini untuk tau lagi info tentang Coin Locker ni.
- Pengangkutan Awam
Untuk berjalan pulak, Min prefer korang naik pengangkutan awam je macam bas dan keretapi sebab bukan saja murah, ianya lebih mudah untuk korang bergerak. Sistem keretapi kat Jepun ni memang sangat sistematik, Paling penting, korang kena datang sini seawal mall dibuka sebab waktu operasi semua shopping mall kat Fukuoka ni dari 10am – 9pm waktu Jepun (1jam awal dari Malaysia).
Lagi 1 tips, bas dekat area Fukuoka ni dalam pukul 11pm dah kurang tau, so choice yang ada korang kena naik keretapi, tapi kalau lokasi yang korang nak pergi tu tak boleh nak naik train, korang kena la nak teksi. Tapi korang faham-faham la ye. Teksi agak mahal sikit la berbanding keretapi dan bas. Hehe
- Penginapan
Hakata ni berada di tengah bandar Fukuoka. So, Min cadangkan dekat korang untuk cari hotel atau airbnb dekat area sini sebab dekat je dengan airport dan senang la kalau korang nak pergi berjalan dekat kawasan bandar dan melawat tempat lain naik bas atau keretapi sebab dah centre bandar kan. Selain Hakata, korang boleh cari di area Tenjin.
- Tempat Chillex
Bagi korang yang nak chillex sambil baca komik, main game rehatkan badan lepas seharian berjalan, Haa boleh la rehat kat Media Cafe ni. Tempat ni ada beribu jenis komik manga anime untuk korang yang memang minat dengan anime. Sangat sesuai juga untuk korang yang nak habiskan masa dekat sini.
Cafe ni juga menyediakan khidmat bermalam macam hotel cafe la sebab setiap komputer dibahagikan macam setiap bilik kecil. Tak lupa juga, dekat sini pon ada tempat makan yang korang boleh enjoy dan tempat mandi juga tau. Memang superb la untuk korang yang nak kill time sementara nak tunggu flight korang ke kan.
- Makanan Halal Best
Benda paling best bila kita holiday ialah MAKAN!!! Haha ni Min nak share sikit makanan halal yang Min dan kawan-kawan suka sangat. Kedainya ialah Yagoro Kashii Miyuki-Doro. Bukan sahaja halal, rasa dia pon memang sedap sangat dan portion dia pon besar so memang kenyang la kalau korang makan dekat sini.
Macam mana nak datang sini? Haa kalau korang dari stesen Hakata, naik JR Line dari Hakata dan turun dekat stesen Kashii ni. Then keluar je dari stesen keretapi jalan kaki 7 minit je dah sampai kedai ni. Boleh la makan sampai kenyang.
Arigato Gozaimas
Berakhirlah sudah trip Min dan kawan-kawan ke Fukuoka, Jepun ni. Terima Kasih pada Airasia yang menaja penerbangan kami. Kalau korang pergi Jepun, jangan malu untuk bertanya sebab orang Jepun ni semua baik-baik. Walaupun sukar untuk berkomunikasi dek kerana fahaman bahasa, tapi mereka sedaya upaya untuk tolong kita. Pengalaman ni memang admin takkan lupalah. Haa apa lagi? korang dah boleh la kumpul duit jelajah Jepun ni. Sayonara!