
Peminat sukan pickleball tempatan bakal menyaksikan sendiri aksi Gabriel Tardio apabila pemain berusia 20 tahun itu dijadualkan beraksi di kejohanan PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026.
PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026

Berlangsung dari 9 hingga 13 September ini di The Hood, Kuala Lumpur, kejohanan berkenaan bakal menampilkan barisan pemain elit antarabangsa untuk berentap dengan jaguh pickleball Malaysia.
Antara pemain yang bakal mencuri tumpuan di Kuala Lumpur ialah Gabriel Tardio, 20, yang kini berada di ranking No. 2 dunia bagi kategori lelaki.
Berasal dari Bolivia, Tardio pada awalnya aktif dalam sukan tenis dan pernah berada dalam kelompok 10 terbaik bawah 14 tahun di negaranya. Dia kemudian mengenali pickleball menerusi datuknya sehingga mereka bersama-sama membina dua gelanggang sukan itu di Bolivia.
Selepas berpindah ke Amerika Syarikat, Tardio mula serius bermain pickleball selepas tamat persekolahan sebelum memilih laluan profesional pada usia 17 tahun pada 2022.
Memiliki ketinggian 6 kaki 2 inci, Tardio dikenali dengan permainan beregu yang agresif, pergerakan pantas serta pukulan bersudut yang menyukarkan lawan.
Dalam kariernya, dia pernah membantu St. Louis Shock memenangi kejuaraan Major League Pickleball (MLP), selain mengumpul 27 gelaran berdasarkan rekod rasmi PPA, termasuk 24 kejuaraan beregu.
Dengan barisan pemain antarabangsa dan tempatan yang bakal berentap, PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 dijangka menjadi pentas menarik untuk peminat mengikuti perkembangan sukan pickleball di rantau ini.
Jom tengok Gabriel Tardio dekat The Hood, or tengok dia live kat Tonton!







