berita

Gabungan 4 Rasa Kegemaran Semua Dalam 1 Piza, Domino’s Quattro Memang Ngam Teruk!

October 11th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Bila nak order piza, mesti keliru nak pilih flavour yang mana satu sebab semuanya sedap! Lepas tu pulak, mak nak Chicken Pepperoni, ayah pulak nak Aloha Chicken, adik nak Prawn Sensation, korang pula mestilah ada favourite sendiri kan?

Alamak, mana satu nak order ni? Jangan tension, apa kata korang order je Domino’s Quattro baru ni. Dalam satu piza, ada 4 rasa kegemaran semua! Eh, biar betul?!

4 rasa kegemaran Malaysia dalam satu piza!

Yes, betul tu, korang tak salah baca. Untuk pertama kalinya, korang dapat menikmati semua rasa kegemaran korang dalam satu piza!

Domino’s memperkenalkan piza terbaru mereka iaitu Signature Quattro yang menggabungkan 4 citarasa kegemaran rakyat Malaysia seperti Beef Pepperoni, Aloha Chicken, Prawn Sensation dan Simply Cheese yang ditaburi dengan cendawan untuk rasa piza yang lebih mewah dan enak. Yums!

Oh ya, untuk korang yang vegetarian pula, Domino’s Quattro juga datang dengan Vegie Quattro, di mana korang boleh nikmati 4 pilihan sayuran segar seperti bayam, tomato, buah zaitun, nanas dan lada benggala yang semestinya dalam satu piza!

Lebih jimat & berbaloi-baloi!

Untuk pengetahuan korang, Domino’s Quattro ni terdapat dalam dua saiz iaitu saiz Besar dan Xtra Besar, serta korang boleh nikmati 2 Pizza Deals (lebih keju) dengan harga bermula dari RM59.90 sahaja! 

Kalau nak buat makan-makan ke atau birthday party, admin cadangkan untuk korang beli Quattro Basic Combo atau Quattro Ultra Combo.

Untuk Quattro Basic Combo, korang akan dapat nikmati 1 Piza Quattro Besar, 1 Garlic Twisty Bread, 1 hidangan sampingan dan 1 botol minuman ringan dengan harga bermula dari RM42.50 sahaja.

Bagi Quattro Ultra Combo yang bermula dari RM58.50 pula, korang akan dapat 1 Piza Quattro Besar, 1 piza Favourites Sederhana, 1 Garlic Twisty Bread, 1 hidangan sampingan (roti) dan 1 botol minuman ringan. Memang berbaloilah kongsi ramai-ramai!

 

Bila berkongsi dan dah tak payah berebut-rebut nak pilih flavour piza apa yang korang nak. Beli satu piza, tapi semua dapat nikmati rasa kegemaran masing-masing. Yang penting, semua puas hati, tiada yang kecil hati!

Apa tunggu lagi, admin dah tak sabar nak rasa Domino’s Quattro ni. Jom order sekarang di domino’s.com.my atau layari Facebook Domino’s untuk maklumat lanjut!

SKIP THIS AD ×