Bila tiba musim perayaan terutama sekali Hari Raya Aidilfitri, memang tak sah kalau tak ada gelak tawa, drama dan momen penuh kasih sayang!

Tahun ini, Watsons Malaysia bawakan filem Raya Terunggul yang pasti menghiburkan korang dari awal sampai habis.

Tiga karakter lagenda bersatu dalam filem raya Watsons!

Watsons Malaysia membawakan sesuatu yang luar biasa tahun ini dengan menghimpunkan tiga karakter ikonik Malaysia dalam satu filem Raya!

Adnan Sempit, Mami Jarum dan DCP Datuk Helmi dari Gerak Khas bergabung dalam satu kisah penuh aksi, komedi dan kekecohan yang pasti menghiburkan seisi keluarga.

Dalam filem ini, ketiga-tiga watak ini muncul dari Tv untuk membantu Melati memberikan pelbagai cabaran raya yang mencuit hati, dari ujian naik motosikal paling bergaya di pagi raya hingga mencari pencuri misteri.

Watsons Raya Terunggul ini menampilkan barisan legenda dan selebriti popular seperti Ayda Jebat, Datuk Yusof Haslam, Maya Karin, Shaheizy Sam, Kartina Aziz, Hisyam Hamid, Ropie dan Mia Sara Shauki.

Bayangkan kecohnya bila mereka berganding bahu!

Lebih banyak babak bonus menanti

Masih belum puas dengan filem utama? Jangan risau! Watsons juga membawakan empat video tambahan yang memaparkan babak eksklusif, adegan lucu, serta detik-detik mencuit hati yang tak ditayangkan dalam filem utama.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton semuanya dengan klik sahaja di pautan babak bonus 1, babak bonus 2, babak bonus 3 dan babak bonus 4.

Promosi Raya Watsons tawar diskaun sehingga 60%

watsons

Sempena Raya ini, Watsons menawarkan pelbagai promosi hebat untuk pelanggan setianya! Dapatkan diskaun 60% untuk item kedua di kedai dan dalam talian.

Menangi hadiah bernilai RM3.8 Juta!

watsons

Khas untuk ahli Watsons Club, rebut peluang untuk memenangi hadiah eksklusif termasuk sebuah Proton eMas 7. Bestnya!

Korang hanya perlu berbelanja minimum RM50 ke atas di kedai atau dalam talian dan membuat pembayaran dengan kad debit atau kredit VISA.

Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:

  • Hadiah utama: Proton e.MAS 7 (1 pemenang)
  • Hadiah pertama: Motosikal Modenas (10 pemenang)
  • Hadiah utama lain: Proton Persona (1 pemenang) dan Proton Saga (1 pemenang)
  • Hadiah kedua: Jongkong Emas Tulen 1G (100 pemenang)
  • Hadiah ketiga: Baucar E-Watsons RM50 (1,000 pemenang)
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Jangan lupa daftar sebagai ahli Watsons Club untuk menyertai!

Cara untuk menang hadiah yang awesome ini:

1. Daftar sebagai ahli Watsons Club.
2. Berbelanja di kedai Watsons atau secara dalam talian.
3. Secara automatik layak untuk penyertaan cabutan bertuah.
4. Tunggu pengumuman pemenang!

Tebus hadiah eksklusif dengan pembelian

watsons

Selain itu, pelanggan juga boleh tebus hadiah eksklusif dengan pembelian tertentu:

  • GAABOR iron steamer (untuk pembelian RM380 ke atas)
  • Balang Fika (untuk pembelian RM180 ke atas)
  • Pouch (untuk pembelian RM120 ke atas)
  • Sampul raya (untuk pembelian RM80 ke atas)
*Terhad selagi stok masih ada. Warna dipilih secara rawak.

Raya penuh makna dengan Watsons

Dengan filem Raya penuh gelak tawa, promosi hebat dan hadiah eksklusif, Watsons terus memastikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna.

Jadi, jangan lepaskan peluang dengan kunjungi Watsons terdekat atau beli dalam talian sekarang untuk menikmati semua tawaran istimewa ini.