berita

Gabungan Muzik Filipina & Malaysia Mampu Redakan Isu Di Lahad Datu – Julfekar

May 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Julfekar

Sudah agak lama juga kita tidak dengar berita mengenai krisis yang berlaku di Lahad Datu, Sabah bukan?

Terbaru, penulis lirik dan komposer terkenal, Julfekar difahamkan sedang giat menjalankan sebuah projek yang melibatkan kerjasama antara penyanyi dari negara Filipina dan Malaysia.

Menurut Julfekar, kolaborasi yang dijalankan ini sedikit sebanyak mampu meredakan krisis yang melanda di Lahad Datu dan berharap agar usahanya ini akan membuahkan hasil yang baik untuk memulihkan semula hubungan antara dua buah negara tersebut.

Projek yang saya jalankan ini merupakan kolaborasi antara artis dari negara Filipina dan Malaysia, di mana album penuh mereka berjudul Pinay Lullaby. Ia melibatkan 3 artis dari Filipina dan 4 artis dari Malaysia.

Jika sebelum ini kita sering bergabung dengan penyanyi-penyanyi yang sama bahasa seperti Indonesia, Brunei dan Singapura, jadi tidak salah rasanya untuk saya tampilkan kelainan dengan kolaborasi dengan artis dari Filipina pula.

Lagipun ramai juga warga Filipina yang menetap di sini, jadi secara tidak langsung projek ini juga mampu meredakan krisis yang melanda di Lahad Datu dan mungkin dengan adanya muzik seperti ini kita dapat memperlihatkan kepada mereka bahawa tak ada masalah sebenarnya untuk kita bekerjasama dengan mereka. Cuma terdapat kelompok-kelompok kecil sahaja yang terlibat dengan krisis ini, tapi tak semua.

Nikki Bacolod

Penyanyi dari Filipina, Nikki Bacolod merakamkan lagu baru bersama Min Yasmin

Dalam pada itu, Julfekar turut berharap agar projek yang diusahakan ini akan mendapat sambutan hangat dikalangan peminat-peminat industri hiburan tempatan dan dalam masa yang sama ingin menjadikan projek ini sebagai satu platform terbaik dalam mengetengahkan nama penyanyi Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya anggap ini adalah projek yang terbaik untuk kita perkenalkan pemuzik, pencipta dan penyayi kita di Filipina serta secara tak langsung ia turut mampu menjana ekonomi negara dalam mengembangkan pasaran industri kita di negara lain.

Jangan terkejut kalau saya cakap, mereka di Filipina memang tak kenal langsung artis-artis kita. Jadi di sini kita gagal untuk memperluaskan pasaran muzik di negara mereka sebab kita sering duduk di dalam kelompok kecil yang lain iaitu hanya melibatkan lagu versi Bahasa Malaysia sahaja.

Merujuk perkembangan terbaru, Julfekar bakal melancarkan album terbaru untuk artis dibawah naungannya iaitu Min Yasmin dan Rahayuden selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Berikut kami selitkan video teaser lagu nyanyian Nikki Bacolod dan Min Yasmin dalam versi Tagalog menerusi lagu mereka Tibuuka Na. 

SKIP THIS AD ×