

Kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun sekitar November 2003 kini telah dibuka semula untuk siasatan lanjut.
20 tahun hilang, mayat belum jumpa

Mangsa iaitu Charlene Downes dilaporkan hilang pada 1 November 2003 di Blackpool. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengesan keberadaan mangsa namun tiada sebarang petunjuk diperoleh. Malah mayat Charlene juga tidak ditemui sehingga ke hari ini meskipun sudah 20 tahun berlalu.
Pihak polis percaya Charlene merupakan salah seorang daripada 60 kanak-kanak yang didandan oleh sekumpulan lelaki (pekerja kedai kebab Funny Boyz) sebelum dijadikan mangsa eksploitasi seksual. Kesemua kanak-kanak terbabit termasuk Charlene dipercayai diberi makanan dan rokok sebagai pertukaran melakukan hubungan seksual.
Dicincang dan dijadikan kebab?

Rakaman terakhir keberadaan Charlene Downes
Sepanjang siasatan kes, seramai dua individu iaitu Iyad Albattikhi (pemilik Funny Boyz) dan rakan kongsinya, Mohammed Reveshi telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Charlene namun tidak disabitkan kerana tidak dapat mencapai keputusan atas kesalahan mereka.
Pihak polis percaya kemungkinan Charlene telah dibunuh, tubuh badannya dikerat dan dicincang sebelum dijadikan daging kebab seperti yang diberitahu oleh Iyad menerusi rakaman perbualan. Bagaimanapun, perbicaraan semula digugurkan selepas polis menyifatkan siasatan yang dikendalikan oleh Lancashire Constabulary adalah tidak profesional.
Walaupun sudah 20 tahun berlalu, polis masih terbuka untuk mendengar sebarang maklumat baharu yang boleh membantu mereka bagi menyelesaikan kes pembunuhan ini.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)