Bila bercakap tentang sihir, sering kali perkara tersebut terjadi kepada golongan dewasa, namun berbeza untuk seorang gadis yang terpaksa berdepan dengan ujian yang cukup berat selepas disantau pada usia 14 tahun.
Tidur 30 minit sehari
Menerusi satu perkongsian video di Facebook milik Pratiwi Noviyanthi, Irma, 14 tahun terpaksa mengharungi dugaan disantau yang menyebabkan kesihatannya mula merosot sehingga lumpuh sepenuhnya sekitar tahun lalu.
Pada awalnya, Irma kerap kali berulang-alik ke pusat perubatan kerana mengadu badannya merasa kurang selesa dan keperitan, namun perkara tersebut tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka kedua ibu bapanya.
Kemudian, keadaan badan Irma tidak beransur pulih, dan mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan perawat Islam
yang memaklumkan kepada mereka tentang kisah yang sebenar.
Akibat santau yang dihantar kepada Irma, badannya mula menjadi hitam, dan rambut mula gugur sehingga botak, dan Irma cuma boleh tidur selama 30 minit setiap hari.
Rakan iri dapat nombor 1
Selepas disiasat tentang asal usul santau yang dihantar, mereka mendapati bahawa santau tersebut dihantar rakan sekelas yang sebelum ini nombor 1 dalam pelajaran selama 6 tahun berturut-turut, namun rekod tersebut dipecahkan Irma.
Asbab iri hati, individu berkenaan menghantar santau kepada Irma yang kini telah merosakkan hampir 100% kehidupannya.
Irma dalam perkongsian video tersebut dilihat gagal menahan sebak memikirkan mengapa rakannya tergamak menganiaya dirinya.
Saya tak ada salah apa pun. Kenapa awak buat saya sampai macam ini? Saya nak jadi cantik macam dulu.
Berkat diruqyah seorang perawat Islam, keadaan Irma kini beransur pulih berbanding sebelum ini, termasuk tidak lagi berasa panas apabila mendengar ayat Al-Quran.
Video
Sumber: Facebook Pratiwi Noviyanthi