Sekadar gambar hiasan
Seorang gadis berusia 14 tahun di Pakistan mendakwa dirogol oleh bapa dan abang kandungnya sehingga hamil. Lebih mengejutkan apabila mengetahui perbuatan terkutuk itu dilakukan kedua-dua suspek sejak sembilan bulan lalu.
Dirogol bapa, abang kandung
Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, perbuatan tersebut hanya terbongkar selepas mangsa yang mengadu sakit perut telah dibawa ke hospital oleh ibunya. Selepas pemeriksaan dilakukan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa hamil.
Hasil soal siasat, mangsa mendakwa abang dan bapa kandungnya telah mengugutnya untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan si ibu. Namun mangsa tetap membongkarkan kelakuan jijik tersebut sehingga berlakunya pertengkaran antara suami isteri itu. Malah si ibu pernah membuat percubaan membunuh diri.
Susulan daripada itu, kedua-dua suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan dan mereka juga mengaku telah merogol mangsa berkali-kali sejak sembilan bulan lalu.
Sumber: First Post