Seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mengakhiri hayat adik iparnya sendiri dengan memberi mangsa jamu yang mengandungi racun.
Artikel Berkaitan: Suspek Mengaku B*nuh & Buang Mayat, Gadai Barang Kemas Sebab Nak Tengok Harimau Malaya Di Kemboja
Artikel Berkaitan: Tiga Beranak Mati Dibunuh Keluarga Kandung
Bagi minum jamu beracun
Memetik laporan Tribunnews, suspek iaitu Rika Amalia, 19, didakwa memperdaya mangsa dengan mencabar gadis berusia 13 tahun itu, Aisyah Nur Fadilah untuk meminum jamu yang sebenarnya telah dicampur dengan racun.
Difahamkan, pada waktu itu, mangsa diminta untuk menghabiskan minuman tersebut dengan dijanjikan akan menerima wang sebanyak RM90. Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan kejadian itu berpunca daripada salah faham antara mangsa dan suspek.
Selepas menikmati jamu beracun itu, mangsa menjadi lemah dan tidak sedarkan diri. Suspek yang ketika itu hanya tinggal berdua di rumah dengan mangsa mula panik bertindak menyembunyikan mayat mangsa di belakang almari pakaian sebelum cuba melarikan diri.
Namun, suspek akhirnya berjaya ditahan polis ketika dalam perjalanan melarikan diri ke Lampung, Indonesia.
Diceraikan suami dengan talak 3
Susulan daripada kejadian itu juga, suami suspek yang juga abang kandung mangsa iaitu Yuda, 25, nekad menceraikan isterinya itu dengan talak tiga.
Meskipun pasangan itu baru sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki yang kini berusia tiga bulan, tetapi Yuda mengakui tidak dapat menerima perbuatan kejam isterinya itu terhadap adik kandungnya.
Tambah Yuda lagi, isterinya itu juga sempat menghantar pesanan WhatsApp kepadanya menceritakan tentang kematian adiknya itu sebelum melarikan diri.
Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan dan pihak polis masih mengenalpasti motif pembunuhan tersebut.
Sumber: Detik, Tribunnews