berita

Gadis 22 Tahun Dinobat Graduan Perakaunan Kelapan Terbaik Dunia

July 26th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi sekali lagi mengulangi kejayaan membanggakan apabila dinobatkan graduan terbaik ketiga negara dan kelapan dunia.

Bersaing dengan 3,877 graduan

Menerusi Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, Hannah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom (UK), yang didudukinya bulan lalu. Gadis berusia 22 tahun itu, memberitahu dia bersyukur menerima pengiktirafan tersebut selepas bersaing dengan 3,877 graduan di seluruh dunia dan 500 graduan di negara ini.

Tambah Hannah, kejayaan berkenaan tidak dapat dikecapi tanpa sokongan ibu bapa dan rakan selain komitmen tinggi pensyarah fakulti pengajiannya.

Saya sentiasa kekal konsisten supaya tidak ketinggalan dan merujuk kepada pensyarah untuk menerima maklum balas dalam hal peperiksaan atau latihan kelas. Perkara itu harus diutamakan kerana ia ruang untuk penambahbaikan dan pemahaman saya bagi sesuatu subjek yang dipelajari.

Sebelum ini, Hannah dianugerahkan pencapaian tertinggi dalam peperiksaan program perakaunan profesional sesi Jun 2021. Anak sulung daripada dua beradik itu memperoleh keputusan cemerlang dalam Financial Management (FM) dan Strategic Business Reporting (SBR). Dalam pada itu, Hannah berharap memperoleh pekerjaan yang boleh merealisasikan cita-citanya menjadi akauntan bertauliah.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×