berita

‘Muka Barbie Doll, Badan Sado’ – Lelaki Mesti Fikir Banyak Kali Sebelum Nak ‘Tackle’ Gadis Ini

October 17th, 2018 | by Shafika
Lensa Insta

Siapa sangka di sebalik raut wajah Barbie yang dimilikinya, gadis ini rupanya pernah menjuarai Kejohanan Powerlifting Dunia AWPC. Julia Vins yang baru berusia 21 tahun ini merupakan seorang gadis yang berasal dari Rusia.

Pada awalnya, dia cuma ke gym hanya untuk ingin kekal sihat, namun selepas bertemu seorang jurulatih (yang kini menjadi teman lelakinya) di gym, dia melihat potensinya dalam powerlifting.

 Nak jadi lebih sekadar cantik

Julia mula bergiat aktif dalam powerlifting semasa berumur 15 tahun. Pada awalnya, teman lelakinya merupakan seorang jurulatih di tempat gym, tapi kini dia memutuskan untuk melatih Julia untuk menjadi pembina badan. Gadis sado ini lebih bersemangat untuk mengambil cabaran, dan mula mendedikasikan hidupnya untuk kecergasan dan membina ototnya. Dia bertekad untuk menjadi lebih daripada sekadar wajah cantik.

Muka cantik, badan sado

Selepas 6 tahun kemudian, Muscle Barbie ini gembira dengan transformasinya. Dia bangga dengan semua hasil kerja keras dan titik peluh yang selama membuahkan hasil. Pada umur 21 tahun, dia lebih yakin dengan dirinya sendiri yang mempunyai mata besar, cantik dan memakai solek. Tetapi pada masa yang sama, dia kuat.

Juara Powerlifting Dunia

Atlet muda ini juga pernah memecahkan beberapa rekod di Kongres Powerlifting Dunia. Dia mampu squat 473 lbs, bench press 264 lbs dan angkat berat 418 lbs. Dia sangat kompetitif, dan terus bersaing dalam pertandingan mengangkat berat. Pada tahun 2014, dia memenangi tempat pertama dalam Kejohanan Powerlifting Dunia AWPC. Fuhh kau mampu?

Sumber : Wordalation

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×