berita

Gadis Cantik Kongsi Bahasa Isyarat Mudah, Senang Diikuti & Boleh Dipraktikkan

November 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Rata-rata rakyat Malaysia kurang pendedahan dengan penggunaan bahasa isyarat yang sering digunakan oleh individu yang kurang bernasib baik seperti pekak dan bisu. Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Anis Jailaniberkongsi beberapa bahasa isyarat yang mudah difahami dan boleh dipraktikkan oleh setiap orang selepas ini.

Kisah kehidupan aku

Gadis tersebut menceritakan dia dilahirkan pekak sejak kecil lagi, namun ia tidak menjadi penghalang untuknya bagi  berkomunikasi dengan orang lain dengan adanya bahasa isyarat. Tidak berakhir di situ, dia turut mengambil alternatif lain dengan menulis di nota jika seseorang itu tidak memahami bahasa isyarat yang dilakukan olehnya.

Untuk memuji

Assalamualaikum

Foto: Anis Jailani

Terima kasih/ sama-sama

Foto: Anis Jailani

Isyarat A-Z

Foto: Anis Jailani

Nombor

Foto: Anis Jailani

I love you

Foto: Anis Jailani

 

Punya Youtube channel sendiri

https://www.youtube.com/watch?v=fEZnrraOZt4

Anis turut mempunyai akaun Youtube sendiri yang berkongsi beberapa video menggunakan bahasa isyarat. Kini dia telah mempunyai seramai 162 pengikut di platfom tersebut. Dia turut menjelaskan menerusi tweet tersebut, orang ramai dapat memperoleh manfaat daripada perkongsian bahasa isyaratnya.

Menerusi ruang balas di Twitter, seorang gadis menyatakan pembelajaran bahasa isyarat sangat penting dan ia dapat dipraktikkan jika berhadapan dengan orang bisu mahupun pekak. Hal ini sekali gus, boleh melancarkan proses komunikasi tersebut.

Sumber: Anis Jailani

SKIP THIS AD ×