berita

Gadis Dipuji, Walaupun Tiada 2 Batang Gigi Depan Tapi Tetap ‘Confident’ Kongsi Video

March 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang gadis tidak menyangka video dirinya tersenyum dalam keadaan gigi kurang sempurna viral di Tiktok dan mencuri tumpuan ramai.

Buat video hanya suka-suka

Gadis berusia 21 tahun ini kelihatan tersenyum dengan yakin walaupun dia tidak mempunyai 2 batang gigi depan. Tujuannya membuat video hanya suka-suka untuk hiburan netizen. Dikatakan giginya jadi seperti itu sejak berumur 10 tahun lagi kerana mempunyai masalah urat saraf dan tidak boleh diubati.

Walau bagaimanapun, dia tidak mengambil hati terhadap komen negatif mahupun kutukan yang dilemparkan pada dirinya yang tidak suka melihat penampilannya itu.

Netizen puji dan bangga tahap ‘confident’ dirinya

Memang tidak dinafikan ada netizen yang meninggalkan komen negatif, namun ada juga yang memberi kata-kata yang positif buat dirinya. Terdapat juga netizen yang rasa kagum dengan dirinya serta ada yang memuji gadis berkenaan cantik dan ada gaya tersendiri.

Walaupun pada permulaannya agak segan dan takut tapi dia cuba membuat video juga kerana suka melihat orang lain membuat video juga.

Berhenti sekolah demi jaga ibu

Berkongsi serba sedikit mengenaikan kisah tentang hidupnya, dia telah berhenti sekolah ketika berusia 15 tahun kerana hendak menjaga ibunya berusia 52 tahun yang pada ketika itu menghidap kanser payudara.

Bapanya pula sudah meninggal dunia akibat sakit jantung. Kini dia bekerja di kedai satay untuk mencari rezeki yang halal.

Video penuh

@cikharaaKlau ada lalu dekat fyp kau orang tolong komen bolehh..harap xada yang kecam?…##fyp ##fyp? ##fypsounds ##foryoupage ##viral ##fypdong

? Senyumanmu by asep – ????? ?????

Sumber : Cikharaa

SKIP THIS AD ×