berita

Gadis Filipina Rungkai Kisah Benar, Dakwa Nas Daily Eksploitasi Budaya Demi ‘View’

August 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak mengenali Youtuber dan content creator Nas Daily yang terkenal dengan video memaparkan realiti kehidupan dunia serta memberi info yang berguna buat umum.

Sebelum ini, seorang gadis berasal dari Filipina telah berkongsi pengalamannya pernah bekerja dengan pengasas syarikat media Nas Daily iaitu Nuseir Yassin. Malah, dia turut merungkai kisah sebenar yang ramai tidak tahu selama ini.

Dia kata penduduk saya miskin

Bagai pepatah ‘indah khabar dari rupa’, begitulah ungkapan mudah yang boleh digambarkan terhadap situasi dihadapi oleh gadis Filipina iaitu Louise De Guzman Mabulo. Difahamkan, gadis tersebut pernah bekerja dengan syarikat media Nas Daily pada dua tahun lalu. ‘Projek Kakao’ telah dijalankan di negara tersebut pada tahun 2019 dan diketuai oleh Louise De Guzman Mabulo dan bekerjasama dengan Nuseir Yassin.

Saya telah mendiamkan diri selama dua tahun, namun, berdasarkan cerita yang terjadi baru-baru ini, saya terpaksa mendedahkan segalanya.

Pada tahun 2019, Nas Daily telah datang ke perkampungan saya untuk membuat liputan mengenai kisah saya bersama Projek Kakao. Pada ketika itu, saya antara peminatnya yang suka menonton video-video yang telah dihasilkan setiap hari. Pada masa itu, saya mendapat banyak peluang dan pendedahan akhbar untuk memperolehi pengiktirafan daripada UNEF terhadap pekerjaan yang saya lakukan di kampung bersama petani di sini.

Saya kecewa apabila mengetahui lelaki yang saya minati itu bukanlah membawa berita yang baik. Malah, dia menipu pengikutnya untuk mempercayai segala infomasi yang disampaikan. Saya memerhati dia meniru dan mengejek bahasa, loghat tempatan. Dia berkali-kali mengatakan penduduk kampung saya ‘miskin’, ‘petani sangat miskin!’, ‘mengapa orang Filipina begitu miskin?’

Difahamkan juga, Nas Daily hanya mementingkan tajuk dan content semata-mata bagi meraih jutaan tontonan di platfomnya. Malah, dia turut membuat andaian bahawa orang ramai tidak gemar untuk menonton video yang memaparkan kisah realiti petani atau peladang di Filipina.

Mengeksploitasi dan memenuhi naratif

Ujar Louise De Guzman Mabulo lagi, antara faktor dia mendiamkan diri selama ini adalah tidak mahu mempertaruhkan kampung halaman dan para petani ‘diserang’ oleh Youtuber atau influencer lagi. Tambahnya lagi, kehadiran Nuseir Yassin ke kampungnya pada dua tahun lalu itu dianggap sebagai mengeksploitasi dan memenuhi naratif neokolonial dengan menggunakan penduduk kampung sebagai ‘content’ semata-mata.

Malah, dia turut kecewa terhadap sikap segelintir rakyat Filipina yang didakwa mempertahankan perbuatan Nuseir Yassin mengeksploitasi warga tempatan.

Rakyat Filipina harus bersama-sama dalam hal ini. Kita bukan content untuk dieksploitasi. Kita bukan budaya untuk dijadikan bahan atau modal kepada mana-mana individu. Kita lebih dengan apa yang difikirkan oleh dunia terhadap kita.

Individu seperti Nas Daily merupakan gelombang jajahan baharu dunia hari ini. Saya sudah diam sejak 2019 dan saya tidak boleh lagi bertahan. Saya menegaskan sebelum ini kepada umum untuk terus menyokong penduduk tempatan, menyokong petani tempatan, mengambil inisiatif untuk membantu kelompok terpinggir. Saya hanya boleh meletakkan landasan dan membuka peluang untuk orang lain.

Gadis Filipina rungkai kisah sebenar

Sementara itu, menerusi laporan Rappler, Youtuber terkenal tersebut dikatakan telah hilang lebih 300,000 pengikutnya di laman Facebook dalam masa seminggu setelah dilanda kontroversi berkenaan. Namun bagaimanapun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang respon daripada Nas Daily.

Sumber: Louise De Guzman Mabulo, Rappler

SKIP THIS AD ×