berita

Gadis Hilang Selepas Main Skateboard Dijumpai Di Rumah BF, Bapa Buat Laporan Anak Dirogol

June 4th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pada 31 Mei lalu, seorang gadis berusia 15 tahun dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa apabila anaknya keluar untuk bermain papan luncur di taman berdekatan tidak pulang ke rumah. Terbaharu, menerusi laporan Harian Metro, pihak polis telah berjaya menemui mangsa di sebuah rumah sewa teman lelakinya di Padang Jawa, Shah Alam.

Jumpa di rumah sewa teman lelaki

Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan pasukan telah menjalankan operasi bagi mengesan kehilangan gadis berkenaan di sekitar Shah Alam. Akhirnya, pihak berkuasa berjaya menemui mangsa yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah sewa di Padang Jawa.

IPD Shah Alam melancarkan Ops Jejak bagi mengesan gadis terbabit dan kira-kira jam 4 pagi tadi, kita berjaya menemui remaja berumur 15 tahun itu di sebuah kondominium di Padang Jawa. Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu.

Susulan itu, teman lelaki yang berusia baru 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubungan kes ini. Tidak berakhir di situ, bapa kepada gadis berkenaan telah tampil membuat laporan yang anaknya dipercayai dirogol oleh lelaki tersebut.

Teman lelakinya sudah ditahan untuk direman dan polis akan teruskan siasatan lanjut. Dia disiasat atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Netizen turut membantu

Sebelum ini, pengguna media sosial turut membantu menyebarkan maklumat mengenai kehilangan gadis berusia 15 tahun itu. Status berkenaan telah mendapat 16.5 ribu tanda Retweet menunjukkan bantuan orang ramai membantu untuk mencari gadis berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Twitter Dato Farid

SKIP THIS AD ×