berita

Gadis Ini Kongsi Gambar Menarik Di Gold Coast, Buat Kita Teringin Travel Dengan Bestie!

September 11th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Semua orang mengimpikan untuk bercuti ke luar negara. Siapa yang tak teruja kalau dapat peluang jejakkan kaki ke negara orang? Perasaan yang sukar digambarkan. Paling seronok mesti la travel dengan orang tersayang.

Korang dengan bestie dah pasang niat untuk travel ke luar negara tahun ni? Kalau korang tak tahu nak ke mana, apa kata korang ke Gold Coast, Australia? Ramai orang Malaysia suka travel ke sana sebab pantainya cantik!

Selepas tengok gambar yang gadis ni kongsi sewaktu travel ke Gold Coast, mesti korang teringin pergi dengan bestie nanti. Excited habis!

Ini antara aktiviti menarik yang korang boleh buat bersama bestie di Gold Coast, Australia

Azureen Sophia selalu share perkara menarik tentang kecantikan, fesyen, percutian dan sebagainya di media sosial. Kali ni korang boleh usha beberapa tempat menarik yang dia pergi sewaktu bercuti di Gold Coast, Australia. Senang nak refer bila ke sana nanti!

Bermesra bersama alpaca di Mountview Alpaca Farm

Destinasi wajib kalau ke Gold Coast, semestinya Mountview Alpaca Farm. Kat sini korang boleh bergambar close up dengan alpaca yang comel dan jinak. Nak belai dan bawa mereka berjalan-jalan sekitar taman pun boleh.

Alang-alang tu, jangan lupa untuk lunch secara picnic dengan bestie. Korang boleh beli makanan di O’Reilly’s Canungra Valley Vineyards yang terletak bersebelahan je dengan Mountview Alpaca Farm.

Cabar diri mendaki SkyPoint Climb

Nakkan pengalaman yang lebih adventure? Ajak bestie korang untuk cuba memanjat SkyPoint Climb. Kagum la kalau korang berani naik sampai atas. Ini la destinasi paling popular di Gold Coast!

Terletak di bahagian atas Bangunan Q1 pada ketinggian 270m, korang akan nikmati pemandangan pantai dan pedalaman 360 darjah Gold Coast yang menakjubkan. Anginnya pun terasa. Boleh jadi momen terindah!

Naik roller coaster kayu di presint ‘The New Atlantis’ Seaworld

Korang suka pergi taman tema? Kena la habiskan masa bersama bestie di presint ‘The New Atlantis’ Seaworld, sebuah taman tema yang cukup popular di Gold Coast.

Jangan lepaskan peluang untuk naik roller coaster kayu iaitu Leviathan yang paling ikonik di dunia. Kelajuan roller coaster ni boleh capai sehingga 80km sejam. Korang boleh enjoy sepuasnya di sini!

Bermalam di The Pink Hotel Coolangatta

Ladies mesti suka kalau dapat menginap kat sini dengan bestie korang. The Pink Hotel Coolangatta adalah salah sebuah hotel menarik di Gold Coast. Paling best, hotel ni dekat dengan pantai tau.

Berkonsepkan funky dan retro, korang boleh nampak hotel ni didominasi dengan warna pink. Silakan untuk ambil gambar yang sangat insta-worthy kat sini. Dah macam dalam filem Barbie!

Nikmati seafood segar di Charis Seafoods

Siapa kat sini suka makan seafood? Kena try makan di Charis Seafoods. Kedai makan seafood ni memang best sebab banyak seafood segar dihidangkan seperti udang, ketam, tiram dan sebagainya.

Nak tahu apa yang seronoknya kat sini? Korang bebas untuk nikmati seafood yang dipesan di sekitar restoran ala santai dengan bestie korang. Paling penting, ia halal. Serius puas hati.

Terokai ke Home Of The Arts (HOTA)

Peminat art sila munculkan diri korang! Kalau korang berada di Gold Coast, wajib berkunjung ke Home Of The Arts, pusat seni dan budaya pertama di Gold Coast. Pameran kat sini percuma ya.

Ada tips menarik! Kalau korang berada di sini pada hari Ahad, boleh singgah HOTA Markets yang dibuka pada jam 6 hingga 11 pagi. Korang akan dengar muzik dari buskers tempatan yang ada. Trak makanan pun banyak!

Berglamping di Cedar Creek Lodges

Bila lagi nak glamping di luar negara, ini la masanya. Buat pengetahuan korang, glamping ni gabungan ‘glam‘ dan ‘camping‘. Kawasan glamping biasanya tak perlu pasang khemah sebab dah disediakan penginapan ala khemah.

Bercuti di Gold Coast, tak sah kalau tak glamping di Cedar Creek Lodges. Suasana di sini cukup tenang dengan rainforest yang menghijau. Terdapat tandas en suite sepenuhnya dengan katil yang selesa. Relaks betul!

Menarik kan? Nampak gayanya ramai yang dah berminat untuk pergi travel ke Gold Coast. Dah balik Malaysia, mesti rindu nak pergi lagi. Kami yakin korang takkan lupakan pengalaman ni sampai bila-bila.

Jom tempah tiket penerbangan ke Gold Coast, harga bermula RM699!

Tahu tak? Sekarang korang dah boleh tempah penerbangan secara terus tanpa henti ke Gold Coast bersama AirAsia X (AAX). Yay!

Harga yang ditawarkan pun berbaloi daripada RM699. Jangan lepaskan peluang untuk rebut promosi ni sementara masih ada!

Tempoh perjalanan: Sekarang hingga 30 Jun 2024
Tambang promosi: bermula RM699
Flatbed premium: bermula RM2,469

Nak buat tempahan tiket penerbangan ke Gold Coast, Australia? Korang boleh klik SINI. Selamat bercuti guys!

SKIP THIS AD ×