berita

Gadis Kongsi Tips Turun 10kg Dalam Masa Sebulan, Paling Penting Kena Jaga Waktu Makan!

January 14th, 2020 | by Azizi Rahman
Kesihatan & Hidup Aktif

Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian bagi setiap wanita. Ada yang meluangkan masa dengan bersukan pada waktu lapang bagi memperoleh berat badan impian mereka. Ada pula yang mengamalkan diet kurang sihat sambil memakan pil-pil yang tidak iktiraf demi mencapai keputusan dalam masa yang singkat. Hal ini dapat mendatangkan mudarat pada seseorang itu.

Kini, ada cara mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Menerusi Twitter Liaa, berkongsi tips penjagaan makanan yang mudah serta dapat membantu menurunkan berat badan secara semula jadi. Dia dapat menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa sebulan. Ikuti tips darinya untuk mencapai azam 2020 iaitu berat badan yang ideal.

Tertumpu pada penjagaan makanan

Menurutnya, tips yang dikongsi ini mampu untuk menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam tempoh masa sebulan. Apa yang menarik lagi berkenaan tips ini ialah ianya tertumpu kepada penjagaan makanan dan hanya memerlukan sedikit senaman.

Jaga makan dan minum

Menurut tips yang dikongsikan, penjagaan makanan sememangnya penting terutama pemakanan pada waktu malam serta tidak pernah skip sarapan. Selain itu, minum air yang secukupnya bagi menampung penggunaan air dalam badan secara optimum.

Kurangkan pengambilan carbo

Selain itu, kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi putih, biskut dan roti putih. Beralih kepada roti gandum penuh dan nasi perang bagi menggantikan makanan ruji yang sedia ada. Dengan ini, ia dapat membantu mengurangkan rasa lapar dalam jangka masa pendek dan kenyang sentiasa.

Lebihkan makan ikan

Tukar konsep pemakanan

Sumber: Liaa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×