Foto: Dhaka Tribune
Demi cinta dan setia terhadap kekasih, seorang gadis tempatan sanggup terbang ke Bangladesh untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya.
Artikel Berkaitan: Disangka Hilang Semasa Tunai Umrah, Rupanya Nenek Ini Lari Ikut Jejaka Bangladesh
Artikel Berkaitan: Demi Masa Depan, Lelaki Ini Nekad Sediakan Hantaran ‘Lain Daripada Yang Lain’ Untuk Isteri Tercinta
Keluarga menerima
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Dhaka Tribune, lima tahun lalu lelaki berasal dari Noakhali, Bangladesh iaitu Farhad Hossian datang ke Malaysia untuk bekerja di sebuah syarikat.
Farhad dan gadis yang dikenali sebagai Smriti Ayesha Ramasamy kemudian berkenalan dan menjalin cinta.
Pasangan itu tetap berhubung walaupun kontrak lelaki berusia 26 tahun itu ditamatkan pada tahun ini dan perlu pulang ke Bangladesh. Bagaimanpun mereka tetap mengambil keputusan untuk berkahwin.
Saya dan Smriti menjalin hubungan selama lebih empat tahun. Apabila saya pulang ke rumah, Smriti menghubungi saya dan memutuskan untuk datang ke Bangladesh kerana cintanya terhadap saya.
Menurut undang-undang Malaysia, Smriti sudah dewasa dan membuat keputusan untuk datang ke Bangladesh sendiri. Kami semua gembira dengan perkahwinan ini termasuk keluarga saya.
Pada 24 Jun lalu, gadis berusia 22 tahun tersebut tiba di Bangladesh dan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya itu pada keesokkan harinya di mahkamah.
Saya sayang Farhad dan saya sayang Bangladesh. Persekitaran di sini, layanan mesra dan kasih sayang daripada semua orang telah mempesonakan saya.
Seluruh keluarga Farhad telah menerima saya sebagai menantu mereka. Saya amat gembira menjalani kehidupan yang harmoni dengan semua orang disini.
Sumber: Dhaka Tribune