berita

Gadis Nekad Minum Racun Di Kubur Bapa, BF Enggan Bertanggungjawab Sebab Baru Jadi Pegawai Polis

December 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Di media sosial kecoh mengenai kisah melibatkan seorang gadis dikenali Novia Widyasari Rahayu berasal dari Indonesia, yang dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri dengan meminum racun. Apa yang lebih mengejutkan, tindakan luar kawalan tersebut didakwa dilakukan di tepi kubur Allahyarham bapanya.

Teman lelaki enggan bertanggungjawab

Foto: Tribun News

Memetik laporan antarabangsa, gadis cantik berusia 23 tahun ini merupakan seorang pelajar Universiti Brawijaya didakwa meminum racun berikutan tertekan akibat tindakan kekasihnya, Randy Bagus Hari Sasongko yang enggan bertanggungjawab atas kehamilannya. Bukan itu sahaja, teman lelakinya dipercayai menyuruh gadis ini untuk menggugurkan kandungannya.

Susulan daripada itu, gadis ini ditemui tidak sedarkan diri di kubur Allahyarham bapanya yang terletak di Dusun Sugihan, Desa Jepun pada hari Khamis, 2 Disember yang lepas. Sebelum insiden ini berlaku, gadis cekal ini dipercayai sering kali meluahkan perasaan menerusi akaun media sosialnya.

Saya berhasrat untuk meninggalkan rumah dengan memegang 2 sianida (racun) dan saya bercadang untuk minum dengan varian baldu merah kegemaran saya.

Saya akan minum di kawasan paragliding. Jika saya mati, saya akan disalah anggap sebagai kemalangan.

Teman lelaki jadi punca

Foto: Bantenraya

Mengulas lebih lanjut, lelaki berkenaan disyaki merogol teman wanitanya dan dipercayai menjadi punca utama mangsa berbuat demikian. Difahamkan, gadis ini cuba menghubungi lelaki berkenaan supaya dia bertanggungjawab namun, teman lelakinya seolah-olah mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang respon.

Bukan itu sahaja, gadis ini cuba menghubungi ibu kepada teman lelakinya namun, jawapan si ibu agak ‘mengecewakan’ dan meminta supaya dia menggugurkan kandungan berikutan anaknya yang baru sahaja dilantik menjadi pegawai polis.

Sumber: Tribun News DeskJabar

SKIP THIS AD ×