berita

Gaduh Sebab Signal, Polis Cari Lelaki Tampar Pemandu Wanita Tengah Jalan

May 3rd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kecoh baru-baru ini dengan video perselisihan faham antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam insiden jalan raya yang berlaku di Jalan Dato Keramat sebelum lelaki itu bertindak menampar wanita tersebut. Lelaki itu juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan

Menerusi Harian Metro, lelaki yang menampar wanita memandu kereta Honda Civic diburu pihak polis bagi membantu siasatan.

Tampar di muka dan tumbuk di kepala

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff, mangsa dituduh memasuki simpang jalan tanpa memberikan lampu isyarat sebelum mangsa bertindak agresif.

Selepas itu, suspek kemudian membuka topi keledar dipakai dan menghentak bumbung kereta mangsa.

Akibat tindakan itu, mangsa kemudian keluar bagi melihat kerosakan pada keretanya sebelum suspek yang memaki hamunnya bertindak menampar muka serta menumbuk kepalanya.

Orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya membantu mangsa sebelum menerima rawatan di Hospital Ampang dan membuat laporan polis,

Suspek mempunyai jenayah lampau

 

Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan khianat. Susulan itu, tindakan mengesan suspek kini sedang dijalankan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan dengan sengaja serta kerana melakukan khianat. Orang Awam turut diminta untuk menyalurkan maklumat berkenaan kes itu dengan berhubung terus ke pegawai penyiasat, Inspektor R Sivanathan di talian 016-5903985 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×