berita

Gagal Bayar Hutang, Pengurus Durjana Ajak Isteri Orang Buat Seks Sebagai ‘Ganti’

March 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pengurus koperasi di Sumbawa, Indonesia didakwa meminta melakukan hubungan seks bersama seorang wanita yang dipercayai gagal membayar hutang.

Sebagai pulangan, wanita yang berstatus isteri orang terpaksa melayan nafsu serakah lelaki ini. Tindakan keji ini berjaya dihidu oleh pihak polis selepas satu serbuan dibuat di sebuah hotel semalam (8/3/2022).

Seks sebagai pulangan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kompas, ketika serbuan dibuat pihak polis berjaya menjumpai dua pasangan bukan mahram berada dalam dua bilik yang berbeza.

Ujar Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Sumbawa, Sahabuddin ketika serbuan dilakukan seorang pengurus JP (25) dan seorang wanita EK (32) berada di dalam bilik berkenaan. Hasil soal siasat yang dijalankan wanita berkenaan dipercayai gagal membayar hutang pinjaman koperasi.

EK tidak mampu membayar dan pengurus meminta bertemu di TKP untuk melakukan hubungan seks.

Terdapat mangsa lain juga

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, pihak polis mengesyaki terdapat mangsa lain berikutan bukti yang dijumpai di dalam telefon bimbit milik lelaki berkenaan. Difahamkan serbuan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang disampaikan orang ramai.

Kami mengesyaki ada mangsa lain, kerana banyak gambar dalam telefon bimbitnya dan perbualan dengan wanita lain.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×