Menerusi Harian Metro hari ini, Natasha Hudson mengesahkan dia dan suaminya, Carleed Khaza sudah bercerai secara baik pada tahun ini. Sebelum ini, status yang dimuat naik Natasha di laman Instagram miliknya pada 25 September lalu telah mencetuskan tanda tanya netizen berhubung perceraiannya itu.
Natasha juga berharap semua pihak memberi ruang buat dirinya dan keluarga untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu. Kita doa yang baik-baik buat pelakon ini.
Memang nikmat diberi kehidupan, sentuhan kepuasan dan jiwa saya ditiup kembali ke dalam hati saya. Dengan bersendirian tidak bermakna saya akan menderita sepanjang hayat saya, saya tidak percaya dengan air mata, kesedihan & kesunyian sepanjang masa, tetapi ia membina semula apa yang saya telah hilang dan mencari diri saya semula. Bermula kembali kehidupan berkemungkinan untuk saya mencintai lagi, mengambil masa yang lama, muhasabah diri, membaiki, menaik taraf, memberi peluang tanpa syarat, peluang untuk hidup / memimpin kebahagiaan, mempunyai lebih banyak harapan, lebih banyak impian untuk dipenuhi dan belajar untuk terus bertahan semua rintangan tanpa mundur walaupun saya diduga banyak kali.
Tidak ada perkara yang gagal dalam hubungan bermakna anda gagal dari segalanya. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Ada hikmah dan itu adalah qadr dari Allah. Naikkan diri kerana tiada perkara untuk jatuh. Berdoalah kerana kamu perlu lengkapkan diri dengan doa. Beritahu segalanya kepada Allah kerana sebenarnya tidak ada yang peduli. “Dan dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.” Quran 57: 4 ~ NH
Beri saya peluang diri saya
Saya harap semua pihak beri saya dan keluarga ruang untuk menyelesaikan perkara berkaitan terlebih dahulu. Saya berada dalam keadaan baik dan hidup perlu diteruskan bersama anak-anak seperti biasa. Saya percaya Allah SWT lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Menerusi Harian Metro, Natasha Hudson mengulas dakwaan dirinya sudah bercerai dengan suaminya seperti yang diperkatakan netizen di laman sosial ketika ini. Menurutnya dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini.
Melakukan misi kemanusian
Selain bisnes, hidup dan kebahagiaan saya adalah dengan melakukan misi kemanusiaan dan kerja amal diredai Allah.
Natasha dihubungi menerusi aplikasi WhatSapp, hari ini berkata, buat masa ini dia sibuk menjayakan misi kemanusiaan di Lombok, Indonesia. Misi kali ini dilakukan dengan kerjasama Global Peace Malaysia, Cinta Syria dan Amalhope.
Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya. Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Sumber : Harian Metro