berita

Gagal Sumbang Pingat Di Tokyo, Rakyat Malaysia Tetap Bangga Pencapaian Pandelela Rinong

August 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Atlet terjun negara iaitu Pandelela Rinong hanya berada di kedudukan ke-12 bagi acara papan anjal 10 meter akhir wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo. Atlet negara itu memperolehi markah sebanyak 2245.85 mata setelah lima terjunan dipersembahkan.

Terjunan pertamanya hanya mendapat 18.00 markah sahaja dari barisan juri setelah melakukan sedikit kesalahan pada pusingan tersebut. Namun, dia telah cuba memperbaiki terjunan di pusingan berikutnya.

Tetap bangga dengan Pandelela

Di laman Twitter, nama Pandelela Rinong sekali lagi menjadi trending dan rata-rata pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada atlet negara kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pengguna Twitter turut imbas kembali kejayaan Pandelela yang telah memenangi pingat emas di FINA Diving World Cup 2021. Kejayaan sebelum ini telah membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya.

Pernah membawa pulang pingat

Sepanjang penyertaan Pandelela di temasya sukan Olimpik, dia telah membawa pulang dua pingat buat Malaysia termasuklah gangsa di Sukan Olimpik London 2012 dan pingat perak di Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.

Rakyat Malaysia turut mengakui untuk sampai ke tahap antarabangsa sebegini bukan sesuatu yang mudah. Setiap atlet perlu mempamerkan persembahan terbaik bagi memenangi sesuatu pertandingan. Sebagai manusia yang biasa, Pandelela juga mempunyai kelemahan dan kesilapan yang dilakukannya. Setidaknya, Pandelela telah menempatkan diri di peringkat akhir bersama 11 lagi peserta yang hebat.

Dia telah lakukan yang terbaik

Pandelela telah melakukan yang terbaik hari ini. Dia telah melayakkan dirinya ke peringkat akhir dan memberi saingan kepada penerjun terbaik di dunia termasuklah penerjun dari negara China. Dia akan sentiasa menjadi kebanggaan negara, tahniah Pandelela.

Tuan-tuan dan puan-puan, Pandelela Rinong Pamg!!! Kita tahu bagaimana dia telah bersusah payah untuk sampai ke tahap ini dan membuatkan rakyat Malaysia sentiasa bangga dengannya.

Pada acara akhir sukan papan anjal kategori 10 meter wanita telah berakhir dengan menyaksikan atlet negara kita Pandelela Rinong hanya memungut 245.85 mata di tempat ke-12. Manakala, dua orang atlet negara China iaitu Quan Hong Chan dan Yuxi Chen masing-masing berjaya memperolehi pingat emas dan perak.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×