berita

Gambar Berendam Ais Ditegur Netizen, Ini Pesan Syed Saddiq Kepada Media

October 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sekeping foto Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berendam dalam tab mandi berisi ais viral di laman sosial tempoh hari. Foto berkenaan diambil selepas perlawanan bola sepak dengan sekumpulan selebriti tempatan.

Netizen dilihat ramai yang mengecam kerana menganggap seorang menteri tidak sepatutnya memuatnaik foto sebegitu.

Buat liputan isu lebih penting

Syed Saddiq menurut laporan Berita Harian menasihati pengamal media supaya lebih berwaspada dalam menyampaikan berita. Tambahnya lagi, pihak media perlu lebih berhati-hati membuat laporan berita yang lebih penting.

Menurut Ahli Parlimen Muar ini, media harus mengutamakan apa yang penting dahulu daripada melaporkan berita yang tidak sepatutnya.

Saya baru komen pasal isu penting dalam Parlimen tadi. Saya cadangkan baik kamu fokus pasal itu juga.

Kalau boleh buat liputan pasal isu yang lebih pentinglah. Itu saya rasa lebih mustahak. Media pun perlu waspada buat laporan juga.

Gambar sudah dipadamkan

Tidak lama selepas dikecam hebat pengguna laman sosial, foto berkenaan dipadamkan namun segalanya sudah terlewat kerana netizen telah awal-awal lagi ‘buat kerja’  dengan menyebarkan screenshot foto itu.

Sehingga kini, screenshot berkenaan masih lagi dilihat dikongsi sesama netizen terutamanya di laman Twitter.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today