berita

“Gambar Itu Sepatutnya Tidak Boleh Dipaparkan Kepada Umum” – Ibu Liyana Jasmay

January 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Liyana Jasmay & Fathuddin

Berikutan penyebaran gambar pra-perkahwinan pelakon dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay dan pasangannya Fathuddin Mazlan, 28 pada Isnin lalu di internet menimbulkan pelbagai perspektif negatif dikalangan peminat, ibu Liyana merasa kesal dengan perkara tersebut dan menyifatkan perkara itu tidak seharusnya berlaku tatkala menjelang majlis perkahwinan anaknya.

“Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi.”

“Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.”

“Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” ujar ibu Liyana penuh kesal.

Memandangkan perkara tersebut telah pun berlalu, keluarga Liyana enggan memanjangkan perkara berkenaan dan kini mereka lebih fokus dengan persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 2 Februari ini.

“Saya malas nak fikir banyak mengenai perkara itu. Begitu juga dengan Liyana, lebih baik kami endahkan sahaja dan fokus kepada majlis yang bakal berlangsung.”

“Alhamdulillah, segala persiapan termasuk undangan telah siap dibuat dan kini hanya tinggal yang picisan sahaja.”

“Memandangkan majlis itu dibuat pada hari yang sama, saya hanya berharap agar perjalanan majlis itu berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dijadualkan,” ujar Habsah menerusi laporan Sinar Harian Online hari ini.

SKIP THIS AD ×