berita

Gambar Kena Edit Jadi Binatang, Iqbal Mohon Maaf Jika Perbuatannya Sebelum Ini Menyakitkan Hati

November 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bekas kepada pembantu peribadi usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli menerusi satu hantaran di laman Instagram berkongsi beberapa keping foto dirinya telah disunting menyerupai binatang.

Artikel Berkaitan: Vida Tak Jadi Kahwin, Dakwa Diperguna Iqbal Demi Populariti – ‘Saya Kena Cuci Kotoran Fitnah’

Difahamkan, foto tersebut disunting oleh individu yang dipercayai kurang senang dengan lagu yang dikeluarkannya pada awal November lalu.

Saya mohon maaf

Pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli sama sekali tidak melatah namun, bertindak memohon maaf atas segala perbuatannya yang mengundang kemarahan daripada orang ramai. Iqbal turut akui dia banyak melakukan kesalahan dan menerima ‘takdir’ tersebut dengan hati yang terbuka.

Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf: harus terima segala ini dengan hati yang terbuka.

Ujar pelantun lagu Hujan, dia sama sekali tidak menyimpan rasa dendam dan meminta doa daripada orang ramai supaya menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan.

Sabar bang!

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang menyifatkan suntingan foto tersebut adalah keterlaluan. Pada masa yang sama, mereka juga sempat memberikan nasihat supaya Iqbal terus bersabar dengan dugaan yang menimpanya.

Sumber: Ahmad Iqbal Zulkefli

SKIP THIS AD ×