Dua kuasa besar digital, UniPin dan Viu Malaysia, secara rasminya telah menjalin kerjasama untuk menjayakan satu kempen menarik yang bertajuk ‘Gaming Meets Drama’.

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle & Hun Haqeem Antara 23 Selebriti Hadir ‘Together Gather’ Bersama Lebih 100 Usahawan Terkemuka Di Kelantan

Kolaborasi pertama

Kali pertama berkolaborasi, kempen ‘Gaming Meets Drama’ ini diadakan bertujuan untuk menggabungkan keterujaan permainan atas talian dengan daya tarikan emosi drama Asia.

Menurut Nicholas How, Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan UniPin, kempen ini juga menawarkan pelbagai ganjaran dan promosi eksklusif kepada peminat hiburan digital di Malaysia.

Kolaborasi ini memberi ganjaran kepada keluarga yang fanatik terhadap permainan video dan juga drama Asia, dengan nilai yang sangat berbaloi.

UniPin menawarkan pelbagai pilihan tambah nilai permainan mudah alih dengan lebih daripada 50 judul permainan di laman web kami.

Antara permainan popular termasuk Mobile Legends: Bang Bang, Genshin Impact, Call of Duty: Mobile dan Racing Master.

Kini, dengan hanya mendaftar akaun UniPin secara percuma, anda akan menerima langganan Viu Premium selama satu bulan secara percuma.

Nak tarik minat semua lapisan umur

Tambah Nicholas, kempen ini juga bertujuan untuk menarik minat penonton dari segenap lapisan umur dan dalam masa yang sama memberikan mereka pengalaman bermain permainan video game dalam masa yang sama memberikan kepuasan kepada pasangan untuk menonton drama.

Kolaborasi ini direka untuk menarik minat pelbagai jenis audiens, khususnya keluarga di mana ibu bapa meminati drama Asia dan anak-anak pula gemar bermain permainan video.

Ia juga sesuai untuk pasangan baru berkahwin di mana seorang boleh bermain permainan mudah alih, manakala pasangan menikmati drama kegemaran mereka.

Sekadar info, kempen UniPin Malaysia x Viu Malaysia ini berlangsung secara eksklusif di Malaysia bermula 20 Jun 2025 hingga 31 Disember 2025.

Kempen ini sangat mudah untuk disertai dengan anda hanya perlu layari unipin.com, daftar akaun baharu, dan anda akan menerima langganan Viu Premium selama satu bulan secara percuma untuk menikmati drama Asia kegemaran anda.

Jadi, apa tunggu lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati gabungan hiburan terbaik iaitu permainan dan drama dalam satu kempen istimewa.