berita

Gandingan Mantap Hans Isaac & Neelofa Dalam Lemak Kampung Santan

August 14th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Lemak Kampung Santan

Lemak Kampung Santan merupakan sebuah filem gandingan pertama pelakon dan pengarah terkenal, Hans Isaac bersama Neelofa.

Sewaktu diawal pembikinan filem ini, kedua-dua pelakon tersebut pernah digosipkan bercinta, akan tetapi masing-masing menafikan khabar angin itu dan menegaskan bahawa mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.

Secara umumnya, Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang percintaan antara seorang lelaki bandar, Ridzuan (Hans Isaac) yang bekerja sebagai seorang arkitek, bersama seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa).

Konflik antara pasangan ini tercetus apabila Tiqa mula mengetahui Ridzuan adalah seorang ketua projek yang ingin membina sebuah resort di kampungnya.

Lemak Kampung Santan

Hans Isaac memegang watak utama sebagai Ridzuan

Pada dasarnya, Ridzuan telah sedaya upaya menyembunyikan perkara berkenaan daripada pengetahuan Tiqa dan tanpa disedari, Tiqa juga ada menyimpan satu rahsia daripada jejaka bandar itu. Ingin tahu apakah rahsia yang disimpan oleh Tiqa dan apakah akan terjadi kepada pasangan ini?

Ayuh serbu pawagam berhampiran dan saksikan filem Lemak Kampung Santan sekarang!

Filem ini sudah ditayangkan di pawagam mulai 8 Ogos lalu dan antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan filem ini adalah Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik, Awie, Khir Rahman serta Natasha Hudson.

Sebelum itu, apa kata kita layan dahulu trailer filem Lemak Kampung Santan selepas ini. Enjoice!

SKIP THIS AD ×