berita

Gandingan Mantap Joe Flizzow & Snoop Dogg Untuk Lagu Tema JDT Cetus Fenomena!

March 21st, 2022 | by Hariz
Shout Out!

Kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar sejarah tersendiri dengan menjalin kolaborasi strategik dengan Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan syarikat rakaman Def Jam menerusi penghasilan lagu tema ‘Pioneers’ yang menampilkan penyanyi rap ternama dunia, Snoop Dogg.

Rakaman disempurnakan di Los Angeles

Universal Music Malaysia bakal menjadi rakan pengedar musik eksklusif bagi single tersebut yang bakal tersedia di laman-laman perkhidmatan penstriman seluruh dunia, bermula 22 Mac 2022. Lagu tema tersebut mengambil inspirasi daripada kemegahan kelab JDTFC yang terkenal dengan nilai-nilai mentaliti kemenangan, inovasi, disiplin, dan kecemerlangan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik JDTFC, dan Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia menandatangani persetujuan pengedaran tersebut di Stadium Sultan Ibrahim, stadium JDTFC dengan kapasiti 40,000 penonton.

‘Pioneers’ dipersembahkan oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow dengan terbitan SonaOne, dan lirik diinspirasikan daripada usaha keras JDTFC di dalam memartabatkan standard bola sepak Malaysia sejak 2013. Vokal untuk lagu tersebut dirakam di Los Angeles, dan Kuala Lumpur, kemudian disempurnakan di Los Angeles.

TMJ bertitah, kolaborasi tersebut adalah satu pencapaian yang hebat untuk JDT, serta berharap bahawa lebih banyak kolaborasi boleh dicipta diantara JDT dan Universal Music.

Universal Music Group merupakan syarikat musik terbesar di dunia dengan sejarah yang membentuk industri hiburan untuk lebih 100 tahun.

Kolaborasi antara penyanyi hip hop lagenda Snoop Dogg dan penyanyi kelahiran johor, Joe Flizzow adalah satu perkara yang hebat.

Semoga ‘Pioneers’ menjadi pemacu kepada lebih banyak kolaborasi antara JDT dan Universal Music untuk tahun-tahun yang akan datang.

Tambah TMJ, JDT sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan kelab bola sepak dinaunginya.

Apabila bercakap tentang kelab JDT, saya dah cakap berulang kali, ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak.

JDT merupakan sebuah empayar. Saya tidak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tetapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa.

Itulah idea penubuhan JDT, sebuah kelab bola sepak yang bagi saya, mempunyai cerita penuh inspirasi.

Video

SKIP THIS AD ×