berita

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS Dengan Pengiklanan Berasaskan Data

March 8th, 2022 | by Wan
Kini Trending

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pengiklanan berasaskan data.

Kolaborasi ini menawarkan satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan pandangan pengguna strategik. Platform layan diri ini dikuasakan oleh AI untuk menyasar audiens dengan lebih baik, dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM), membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.

Peluang kepada PKS

RAM bertindak sebagai titik permulaan untuk menjalankan kempen pengiklanan dan mencapai audiens ideal untuk PKS memperkembangkan perniagaan mereka. Dalam erti kata lain, RAM merupakan alat yang membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan seterusnya menguruskan mereka dengan lebih mudah.

Gandingan kedua syarikat ini juga turut memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audiens RMG, mencapai 80% rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens.

Kini, PKS boleh mengenal pasti target pasaran dan memastikan perbelanjaan periklanan mereka memberikan pulangan pelaburan yang terbaik berdasarkan data tepat yang disediakan oleh RAM

Kadar istimewa

Di samping itu, kadar istimewa ini direka untuk memastikan bahawa sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi, PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Ketua Pegawai Eksekutif DAG, Ashran Dato Ghazi berkata, pihaknya mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan yang paling penting dapat membuahkan hasil.

Tambahnya lagi, bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia!

Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Samuel Wee pula berkata sudah sampai waktu pemilik perniagaan PKS dan agensi  memperoleh data secara tradisional dan mencipta persona untuk memadankan sasaran audiens mereka.

Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama.

Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna.

Jadi REV Marketing Partners

RAM menawarkan kepada mana-mana agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners. Pemohon yang berminat boleh memohon di sini – https://www.dattel.asia/rev-marketing-partner-registration/. Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners.

Hubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman web premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan. Layari https://www.dattel.asia/our-rev-marketing-partners/.

SKIP THIS AD ×