berita

Gangguan Bekalan Air Di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat Dan Sepang

October 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi kenyataan media Air Selangor, pihaknya memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sepenuhnya berikutan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber utama ke loji-loji ini.

Henti tugas

Gambar sekadar hiasan

Penghentian loji-loji ini akan memberi kesan kepada 274 kawasan mewakili 309,687 akaun pengguna. Empat wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air.

Perkara ini telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti punca pencemaran air di Sungai Semenyih dan kawasan berhampiran. Pihak Air Selangor, turut mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi mendapatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

Kawasan yang terjejas

Buat masa ini pihak Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan air. Pihak Air Selangor akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan insiden ini kepada pengguna.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air di Selangor menerusi Facebook, Twitter dan laman web Air Selangor.

Sumber:  Air Selangor

SKIP THIS AD ×