berita

Gangguan Sistem Masih Lagi Berlaku Di KLIA, Datang 4 Jam Awal Jika Anda Ada Penerbangan!

August 23rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai gangguan sistem yang berlaku di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengakibatkan kelewatan penerbangan sehingga hari ini.

Gangguan ini turut menjejaskan sistem sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi  (BHS). 

https://www.facebook.com/MalaysiaAirportsOfficial/photos/a.278406245684922/1116231228569082/?type=3&theater

Menerusi Berita Harian, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menerusi satu kenyataan pasukan mereka masih cuba menstabilkan sistem tersebut pada 6 pagi tadi.

Bagi mengurangkan masalah itu, MAHB menyediakan empat bas tambahan bagi memudahkan pergerakan penumpang ke pesawat selain menggunakan kesemua 38 ‘bays’ di Terminal Utama KLIA. Kesemua ‘bays’ tanpa pintu di Terminal Utama KLIA digunakan untuk menampung pesawat yang tidak dapat ke pintu seperti dijadualkan dan masih digunakan oleh pesawat yang tidak meneruskan penerbangan.

Kami juga memanjangkan tempoh operasi di semua lapangan terbang seluruh negara sejak malam tadi untuk menampung semua penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Selain itu, kami menyediakan tempat parkir kenderaan percuma untuk semua penumpang yang meletakkan kenderaan mereka di Terminal Utama KLIA (Blok A,B,C,D) pada jam 6 pagi tadi kerana ramai yang terpaksa menghadapi kelewatan penerbangan

Maaf atas segala kesulitan

Penumpang juga dinasihatkan supaya berada di kawasan lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu perlepasan. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya  kesesakan dan kesulitan di lapangan terbang berkenaan. Pihak MAHB juga turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang.

Diharapkan penumpang dapat membuat pendaftaran masuk melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat penerbangan masing-masing.

Sumber: Berita Harian, Malaysia Airports

SKIP THIS AD ×