berita

Ganjaran Motor, Pakej Bercuti Elak Murid Ponteng, Inisiatif SMK Batu Laut Ini Dipuji Netizen

November 23rd, 2019 | by faris
Kini Trending

Masalah ponteng sekolah sudah menjadi terlalu biasa sehingga memberi kesan negatif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk membasmi masalah itu, pelbagai langkah diambil pihak sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, Selangor punya cara tersendiri untuk memikat muridnya sekolah, memang lain dari yang lain!

Motosikal jadi habuan

Salah seorang murid sekolah itu berkongsi perkara berkenaan di Twitter dan mendapat lebih 11 ribu perkongsian. Pendekatan unik itu ternyata mendapat perhatian netizen yang memuji langkah menggalakkan murid datang ke sekolah.

Program dinamakan Program Ponteng Sifar (PROPONSIF) Kehadiran 100% itu menyediakan hadiah motosikal di tempat pertama. Di tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing menerima pakej percutian ke Langkawi dan televisyen LED.

Ada mekanisme tentukan pemenang

Tambah murid sekolah itu lagi, pemenang ditentukan dengan cabutan bertuah dalam kalangan mereka yang tidak ponteng dan kehadiran mencapai 100%. Bagi mereka yang hadir penuh, mereka dihadiahkan dengan peralatan sekolah.

Dapat pujian netizen

Sumber: Instagram BLAST, Nura

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×