berita

Ganti Pad Dengan Tisu, Makan Sisa, Netizen Kongsi Cerita Keperitan Hidup Yang Takkan Dilupakan

September 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah merupakan peribahasa yang sangat sesuai untuk menggambarkan perkongsian warga Twitter mengenai keperitan hidup yang terpaksa mereka lalui. Menerusi Twitter Abeden, dia meminta warga Twitter berkongsi pengalaman hidup yang paling miskin pernah dilalui.

Menerima lebih daripada 2k retweet, posting tersebut dihujani pelbagai komen netizen yang sudi berkongsi kisah miskin mereka. Paling banyak diceritakan tentunya kisah kekurangan wang sehingga terpaksa menahan lapar berhari-hari. Sedihnya!

Pakai tisu gantikan pad

Antara perkongsian sedih netizen ialah tiada duit hendak membeli tuala wanita sehinggakan terpaksa menggunakan tisu. Selain itu, seorang gadis berkongsi kisah susahnya apabila tidak makan selama dua hari semasa zaman belajar. Paling menyedihkan lagi, bapanya juga tidak mempunyai wang pada masa yang sama. Hanya buah rambutan dan salak mampu diberikan pada ketika itu.

Nasib yang sama turut dialami seorang lagi gadis apabila terpaksa makan jemput-jemput selama seminggu sehingga ibunya yang merupakan ibu tunggal, menerima upah jahit baju daripada masyarakat.

Makan lebihan makanan

Seorang suami turut berkongsi kisah kesusahannya sewaktu di awal perkahwinan. Menurutnya, pada ketika itu duit di dalam poketnya hanya tinggal RM5 dan terpaksa cancel pesanan makanan yang dilakukan oleh isterinya. Netizen turut berkongsi pengalaman makan makanan yang ditinggalkan oleh orang lain ketika di restoran makanan segera. Siap kunyah chewing gum untuk menahan lapar selama empat hari.

Semoga korang tak lupa waktu susah

Rata-rata warga Twitter yang membaca siri perkongsian berkenaan mengakui kagum dengan ketabahan dan kecekalan individu yang melalui detik sukar tersebut. Menurut mereka, perkongsian itu sangatlah membuka mata mereka untuk bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.

Sumber: Abeden

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×