berita

Gantung Seketika Mahkota Kemenangan, Ratu Cantik England Kembali Bertugas Lawan Covid-19

April 7th, 2020 | by faris
Kini Trending

Selain kecantikan, elemen penting dalam pertandingan ratu cantik adalah kerja-kerja kebajikan yang memberi manfaat kepada pihak lain. Berpegang kepada prinsip berkenaan, ratu cantik England, Bhasha Mukherjee melupakan niat murni menamatkan misi kerja amal di luar negara dan pulang ke negara asal mengekang Covid-19.

Dihubungi rakan-rakan

Bhasha menggantung seketika stetoskop setelah memenangi pertandingan itu pada Disember 2019. Dia kemudian diundang ke beberapa negara untuk memenuhi tugas kerja amal.

Saya dijemput ke Afrika, Turki, kemudian ke India, Pakistan dan beberapa negara Asia selaku duta kerja kebajikan.

Namun, setelah situasi semasa Covid-19 yang meruncing di England, Bhasha banyak menerima mesej daripada rakan sekerjanya di Pilgrim Hospital, Timur England, meluahkan keadaan semasa yang semakin kritikal. Dia menghubungi hospital dan memaklumkan ingin kembali bertugas.

Mahu bantu mereka yang memerlukan

Tambah Bhasha kepada CNN, dia merasa kurang wajar untuknya bergelar Miss England dan melakukan kerja amal sedangkan satu dunia sedang bertungkus-lumu melawan virus itu.

Saya mahu pulang ke England. Balik dan terus masuk kerja. Naluri saya mengatakan, sebab inilah tujuan kelulusan ijazah yang saya miliki, untuk jadi sebahagian daripada orang penting ketika ini.

Sangat mengagumkan bila satu dunia menghargai frontliner yang bertugas, dan saya mahu jadi salah seorang kerana saya tahu saya boleh tolong.
Sumber: CNN
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×