berita

Gara-Gara Balas Emoji ‘OK’ Je Dekat Bos, Pekerja Wanita Ini Kena Pecat

June 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara membalas pesanan dengan menggunakan emoji ‘OK’ dalam kumpulan sembang syarikat di aplikasi Wechat, seorang pekerja wanita di Beijing, China, dipecat oleh pengurusnya. Wow sampai kena pecat!

Menerusi laporan South China Morning Post, pekerja tersebut diminta oleh pengurusnya untuk mengumpul dan menghantar dokumen menerusi aplikasi itu. Tanpa menerima bantahan, dia menghantar emoji ‘OK’ kepada pengurusnya. Tindakan menghantar emoji itu telah mengundang padah buat dirinya apabila dipecat.

Dianggap tidak berdisiplin

Menurut laporan South China Morning Post, perbuatan wanita itu dianggap sebagai perbuatan yang tidak berdisiplin oleh pengurusnya. Sepatutnya, wanita tersebut perlu menaip mesej bahawa dirinya sudah menerima arahan yang disampaikan.

Awak sepatutnya menaip ‘diterima’ sekiranya sudah menerima mesej saya. Adakah ini cara awak mengesahkan bahawa mesej sudah diterima?” soal pengurus itu menerusi mesej ringkasnya.

Menurut pengurus itu, dia tetap bertegas mempertahankan tindakannya dan terus meminta pekerja wanita itu menghubungi jabatan sumber manusia untuk memaklumkan dia dipecat. Perbualan berkaiatan emoji tersebut menjadi tular di media sosial apabila mendapat lebih 280 juta tontonan di ruang topik ‘Pekerja dipecat kerana membalas mesej dengan emoji di kumpulan sembang.’

Peletakan jawatan masih dalam proses

Menurut pekerja wanita itu, peletakan jawatannya masih dalam proses. Tambahnya, ini merupakan pengalaman pertamanya melalui situasi sebegini.

Benar, peletakan jawatan masih dalam proses. Saya sudah kerja selama bertahun-tahun dan ini adalah kali pertama melalui situasi bodoh seperti ini. Saya bukanlah orang yang mudah marah dan boleh mengawal perasaan. Rakan sekerja lain juga bersetuju bahawa majikan kami agak melampau.

Netizen memberi reaksi bahawa pengurus tersebut terlalu keterlaluan apabila menggunakan alasan remeh untuk memecat pekerja.

Sumber: South China Morning Post

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.